| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Kata adat kata yang bulat, Bulat tumbuh dari muafakat; Ada adat sempurna helat, Helat senonoh terpuji umat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Batang kelapa dipotong-potong, Tiap satu tidak disukat; Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Kurang bulat sembayan sakar, Akan membubur si kacang gadung; Tanah bersukat jangan diekar, Kalau diekar siapa yang tanggung? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Kalaulah bulat kaki kumbang, Ikatlah tali buat tanda; Kalaulah bulat hati abang, Ikatlah janji hantarkan tanda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Adat Melayu berhati bulat, Pantang sekali berbelah bagi; Sifat Melayu membenci maksiat, Pantang sekali merosak budi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Buah bacang sebiji bulat, Belum hiris masam dulu; Tuan pergi kukirim surat, Belum baca menangis dulu. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
| Batu campur batu bulat, Tarah mari hujung perahu; Nampak di mata boleh dilihat, Dalam hati mana nak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Apalah tanda buah bengkal, Bentuknya bulat berwarna kuning; Apalah tanda si tua gatal, Menengok perawan matanya juling. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Yang telur menetas. Yang pinang bulat; Yang kendur melepas, Yang tegang mendapat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Tanjung Katong airnya biru, Tempatlah budak bercuci muka; Bulat sekampung menaruh rindu, Susah adinda berpandang mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |