Pantun |
Sumber |
Tema |
Kerbau betina melenggang tanduk, Melenggang tanduk di pangkal titi; Anak teruna melenggang masuk, Anak dara sedia menanti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Rusa ini rusa betina, Kalau mandi berkubang jangan; Musim ini musim tua, Kalau mati berkurang jangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Zaman ini banyak berubah, Betina banyak mencari jantan; Dengan bini banyak mengalah, Supaya lemak nasi dimakan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Zaman kini berubah jauh, Jantan betina sama serupa; Idaman hati sudah menjauh, Badan merana sukma hampa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Selasih masak sebiji, Dimakan beruk betina; Kekasih merajuk hati, Badanku rosak binasa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Orang memburu seberang sana, Dapat seekor landak betina; Senjata buruk besi dah lama, Mana tikam susah nak kena. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Turun batang naik batang, Dapat seekor landak betina; Suruh datang saya datang, Sudah datang bena tak bena. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jerat semata di hujung tanjung, Terkena landak jantan betina; Panjang dikerat pendek disambung, Untuk kita bekerjasama. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Burung kedidi terbang ke pantai, Deras jantan dari betina; Sebab sebiji rosak setangkai, Selalu diranggah apa guna? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Pergi ke bukit berburu rusa, Boleh seekor rusa betina; Malangnya nasib dirilah hamba, Hidup di dunia tidak berguna. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |