Pantun |
Sumber |
Tema |
Merpati ditangkap kucing, Tangkap mari tepi kota; Besar hati orang miskin, Hari-hari duduk bersuka. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kejat-kejat dari Patani, Kemunting dari Kemaman; Besar hati datang ke mari, Hendak menyunting bunga di taman. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sakit kaki menendang tunggul, Tunggul besar tanah huma; Sakit hati memandang sanggul, Sanggul besar penuh bunga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Air surut sampah tersekat, Pasang besar baru belayar; Hati kusut badan pun penat, Kurang sabar tentu bertengkar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Biji pauh ditanam orang, Sudah besar berbuah pula; Hati rusuh bukan kepalang, Habislah sabar menanti dinda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Hilang sudah perahu nadi, Dilanda ombak gelombang besar; Orang merendah malulah hati, Daripada menolak baik bersabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bunga ros bunga melati, Harum semerbak di dalam taman; Besar sungguh hajat di hati, Untuk menyunting bunga di taman. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Dapat selasih setangkai dua, Bawa ke pasar direbut orang; Ingat kekasih hati membara, Cintaku besar bukan kepalang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Dari Melaka ke Tanjung Tuan, Singgah bermalam di rumah Cik Siti; Bila kunampak muka tuan, Rasa besar di dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Besar tekukur seperti balam, Bila berbunyi sepadan juga; Biarpun hancur hati di dalam, Kanda pergi kulepaskan juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| hati (kata nama) | Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;, | | Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati, |
|
Puisi |
---|
|
Kejat-kejat dari Patani, Kemunting dari Kemaman; Besar hati datang ke mari, Hendak menyunting bunga di taman.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 555 There's no accounting for tastes Dalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabiat dan sebagainya. Inilah hakikat yang harus kita terima dan fahami meskipun aneh. Rambut sama hitam hati lain-lain. I don’’t understand why he would rather spend so much money on expensive furniture for his broken-down house. Well I guess, there’’s no accounting for tastes. Saya tidak faham kenapa dia sanggup berbelanja besar dengan membeli perabut yang mahal-mahal untuk rumahnya yang retak seribu itu. Gamaknya inilah yang dikatakan banyak rambut sama hitam hati lain-lain. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|