Pantun |
Sumber |
Tema |
Zaman kini berubah jauh, Jantan betina sama serupa; Idaman hati sudah menjauh, Badan merana sukma hampa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Zaman ini banyak berubah, Betina banyak mencari jantan; Dengan bini banyak mengalah, Supaya lemak nasi dimakan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Zaman kini beralih-alih, Mari hujan berubah panas; Dengan bini berkasih-kasih, Supaya makan selera puas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Jangan menebang pokok nangka, Nangka tidak berubah lagi; Jangan abang berburuk sangka, Cintaku tidak berbelah bagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Orang menarah atas lubang, Hanyut rakit berubah-ubah; Bukan tak tahu masuk seorang, Takut adik beralih ubah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Mulia suku adatnya kukuh, Tegaknya tetap tidak berubah; Bila bersatu umat kan teguh, Retaknya tidak membawa belah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Nampak dari Kuala Segamat, Di situ banyak pokok pauh; Berubah hati berdebar semangat, Kerana bertemu kampung bertuah. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Nak bah rupanya hari, Anak dara di muka pintu; Sangat berubah rupanya diri, Telah sekala tidak begitu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Haji-haji berbaju jubah, Sembahyang dalam perahu; Tuan berjanji tidak berubah, Bulan di atas dimakan Rahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak punai anak merbah, Hari-hari mengangkut sarang; Lautan lagi berubah, Inikan pula hati orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Puisi |
---|
|
Nampak dari Kuala Segamat, Di situ banyak pokok pauh; Berubah hati berdebar semangat, Kerana bertemu kampung bertuah.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 424 News lords, new laws Apabila perintah baharu atau orang lain berkuasa, maka peraturan baharu pula diperkenalkan. Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah ''Last year, we didn't even have to pay a single cent for our quit rent. But now, wea are told to pay up,'' I said ''Well, that was last year. Now we have a new government. News lords, new laws,'' replied my boss. ''Tahun lepas kita tak perlu bayar satu sen pun cukai tanah. Tapi sekarang kita kena bayar pula,'' kataku. ''Itu tahun lalu, sekarang kerajaan baharu. Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah,'' jawab ketuaku. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|