Pantun |
Sumber |
Tema |
Jatuh bertukar si jambu mawar, Masak diembun bersama ciku; Masa jujur disangka penawar, Rupanya racun di dalam madu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Kalau benih sudah bertukar, Jarang sekali yang mahu tumbuh; Kalau kasih sudah mengakar, Lautan api akan kutempuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Zaman kini dunia terbalik, Bertukar faham sudah biasa; Dengan laki bersangka baik, Keluar malam biarlah saja. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Hari Rejab bulan Syaaban, Tidak hari bertukar tahun; Jikalah sekejap rasa sebulan, Tidakkah sehari rasa setahun? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dari Arab ke negeri China, Sampai ke China bertukar nama; Harap tuan saya terima, Sudahkah periksa keadaan bunga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Rakit-rakit rumah Pak Senu, Lalu tersangkut di pokok pedada; Bertukar ganti saya tak mahu, Sudah dituju dari semula. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Boleh juga belayar kapal, Patah galah apa galahnya? Boleh juga bertukar pakai, Kalau bujang apa salahnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Beruntung merapat kaban, Akan perapat bunga anggerik; Kalau untung suratan badan, Dapat bertukar bangsa yang baik. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Tengahlah malam mimpikan bulan, Mimpi dipagar bintang tujuh; Tengah malam mimpikan tuan, Mimpi bertukar kain di tubuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kuda kami dari Membakut, Hendak mengejar Kinabatangan; Kalau cik adik berterus takut, Kita bertukar di tapak tangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Puisi |
---|
|
Hari Rejab bulan Syaaban, Tidak hari bertukar tahun; Jikalah sekejap rasa sebulan, Tidakkah sehari rasa setahun?
Lihat selanjutnya... |
|