Pantun |
Sumber |
Tema |
Mulia suku adatnya kukuh, Dipegang tidak dapat diungkai; Bila bersatu umat kan teguh, Sebarang kehendak cepat dicapai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mulia suku adatnya kukuh, Tegaknya tetap tidak berubah; Bila bersatu umat kan teguh, Retaknya tidak membawa belah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mulia suku adatnya kukuh, Zaman beralih tetap dipakai; Bila bersatu umat dan teguh, Hilang selisih hidup pun damai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mulia suku adatnya kukuh, Kukuh tidak berganjak lagi; Bila bersatu umat kan teguh, Musuh mengelak bala pun pergi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mulia suku adatnya kukuh, Adat jangan dibawa cabul; Bila bersatu umat kan teguh, Berat ringan sama dipikul. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mulia suku adatnya kukuh, Barang ke mana selalu dipakai; Bila bersatu umat kan teguh, Sebarang kerja tentu selesai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mulia suku adatnya kukuh, Iman kuat negara pun aman; Bila bersatu umat kan teguh, Beban berat menjadi ringan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat Melayu seaib semalu, Arang di kening sama dibuang; Kuat Melayu kerana bersatu, Sebarang rundung sama dipegang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau ke bukit sama mendaki, Kalau ke laut sama berenang; Kalau kita bersatu hati, Kerja yang berat menjadi senang. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Adat seperahu satu haluan, Adat sesampan satu kemudi; Adat sehaluan satu tujuan, Adat sekemudi bersatu hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| satu (kata nama) | Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;, | | Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan, |
|
Puisi |
---|
|
Bulan terang menikam pari, Asam belimbing mengasah kuku; Tengah malam kami ke mari, Bawa kawan nak bersatu.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 625 United we stand, devided we fall Maksud atau kejayaan boleh dicapai selagi manusia bersatu hati, sebaliknya gagal jika bercerai-berai. Muafakat membawa berkat, berpecah membawa rebah. ''All members have to close ranks in whatever situation. Don't let the enemies destroy our solidarity. Remember united we stand, devided we fall,'' urged the president of the left wing party. ''Seluruh anggota mesti bersatu dalam apa jua keadaan. Ingatlah, muafakat membawa berkat, berpecah membawa rebah.,'' seru presiden parti berhaluan kiri itu. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|