Pantun |
Sumber |
Tema |
Yanglah langsung biarlah langsung, Supaya tak berat hati mengenang; Orang tua ompong biarlah ompong, Supaya tak dapat menggigit orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Niat hati memeluk gunung, Apa daya tangan tak sampai; Berat hati hendak berkunjung, Hidupku papa badan tergadai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Berat bukan sebarang berat, Berat memegang sumpah sejati; Niatku bukan sebarang niat, Niat meminang kekasih hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana padi tidak merunduk Buah berisi bertambah berat; Bagaimana hati tidakkan remuk, Sumpah dan janji tiada diingat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Walaupun tali sudah dikerat, Kerana lebih disambung juga; Walaupun hati terasa berat, Kerana kasih disanjung juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tinggal empat gunung berapi, Ambil yang ada di hujung jungkar; Sudah mendapat kenangan di hati, Sama berat susah nak nanggar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau ke bukit sama mendaki, Kalau ke laut sama berenang; Kalau kita bersatu hati, Kerja yang berat menjadi senang. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Apabila kaki berat melangkah, Berjalan jauh tidakkan sampai; Apabila hati niat menyalah, Iman runtuh rosak perangai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Behan berat kaki pun goyang, Rasanya letih menggoyah lutut; Badan penat hati pun bimbang, Kerana kasih tiada bersambut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| hati (kata nama) | Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;, | | Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau ke bukit sama mendaki, Kalau ke laut sama berenang; Kalau kita bersatu hati, Kerja yang berat menjadi senang.
Lihat selanjutnya... |
|