Pantun |
Sumber |
Tema |
Sifat jantan gagah berani, Berani menjadi pelapis dada; Adat berjalan bertuah negeri, Negeri aman habis sengketa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Berani buat berani tanggung, Jangan suka teragak-agak; Jangan bawa rasmi jagung, Makin berisi semakin tegak. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Hari Isnin kucing berlumba, Orang Tambirat berkayuh; Berani jamin berani bawa, Di dalam surat mengata sungguh. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Berapa dulang nak mandi? Nak cuba bunganya; Berani buat berani mati, Nak cuba hati jantungnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bunyi guruh bandar Rani, Selasih di dalam puan; Saya nak nyuruh tidak berani, Hati berani kepada tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Batu belah batu bertangkup, Hendak makan telur temakul; Dari awal saya tak takut, Berani tebang berani memikul. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Berani sungguh anak tupai, Korek kelapa tengah hari; Sungguh wangi bunga rampai, Taruh kepala tidak berseri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Cukup berani anak singa, Cari makan di tengah laman; Niat hati mahu pakai bunga, Cuba-cuba masuk di taman. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Berapa dalam Teluk Kemang, Saya berani tebar jala; Berapa ramai anak Demang, Saya berani membuang nyawa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Berapa dalam lubuk Inggeris, Saya berani menebar jala; Berapa tajam mata keris, Saya berani membuang jiwa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata berani |
|
Puisi |
---|
|
Hari Isnin kucing berlumba, Orang Tambirat berkayuh; Berani jamin berani bawa, Di dalam surat mengata sungguh.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 490 Do right and fear no man Tidak takut untuk bertindak atas nama kebenaran Berani kerana benar, takut kerana salah I'm not afraid to reveal all malpractices that have been commited in this ministry and I am willing to face te consequences. Do right and fear no man, but fear God. Saya tidak gentar untuk mendedahkan segala penyelewengan yang dilakukan dalam kementerian ini dan saya sanggup menghadapi akibatnya. Berani kerana benar, takut kerana salah, dan takut akan Tuhan. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|