Pantun |
Sumber |
Tema |
Perahu baru sembilan baru, Baru sekali masuk Melaka; Adik baru abang pun baru, Baru sekali bertentang mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kapal baru tembirang baru, Baru sekali masuk Melaka; Tuan baru saya pun baru, Baru sekali berjumpa mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kapal baru temburung baru, Baru sekali masuk Melaka; Adik baru abang pun baru, Baru sekali kenal biasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Temirang baru perahu pun baru, Baru sekali masuk Melaka; Abang baru adik pun baru, Baru sekali bertentang mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kereta baru lembu pun baru, Baru sekali masuk Melaka; Tuan baru saya pun baru, Baru sekali berkenal biasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Susahlah hati bermain gundu, Baru bertanding awak terkilir; Susahlah hati pengantin baru, Baru bersanding anaklah lahir. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
angin malam menderu, angin menderu, Kain pelikat biru, berwarna biru; Kain lama baru, kesuma baru, Main lama baru, diulang baru. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Kampung Bandarsah baru, Kampung baru, Ketiga dengan Mataim, Kampung Mataim, Biar basah baju, kain dan baju, Kami tidak lain, mencari lain. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Baru kutahu peria pahit, Haram bertaubat sayur petola; Kalau kutahu budi tak baik, Haram tak buat dari mula. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Baru saja adik berkain, Adik berkain malam Jumaat; Bukan saya pandai bermain, Saya melangsung orang berhajat. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata baru |
|
Puisi |
---|
|
Kapal baru tembirang baru, Baru sekali masuk Melaka; Tuan baru saya pun baru, Baru sekali berjumpa mata.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 520 It's no use to shut the stable door after the horse has bolted Setelah ditimpa musibah, baru hendak bertindak. Sakit perut, baru tahu di liang lantai The gallery has just installed a fire alarm system after its rare collections was destroyed in a past few week. It's no use to lock the barn door after the horse has escaped Galeri tersebut baru sahaja dipasang sistem penggera kebakaran setelah koleksi nadirnya musnah dalam kebakaran pada minggu lepas. Sakit perut, baru tahu di liang lantai. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|