Pantun |
Sumber |
Tema |
Sejak kera masuk negeri, Anak merbah jadi merajuk; Sejak ketua sibuk mencuri, Anak buah jadi perampok. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sejak kera pindah ke tanjung, Anak lebah bersenang hati; Sejak kepala suka disanjung, Anak buah pun datang memuji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Buah putat buah kedondong, Buah mentimun masak dahulu; Tuah adat tuah sekampung, Tuah menurun ke anak cucu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Buah kentung buah kekati, Buah salak di dalam dulang; Jangan pukul jangan dimaki, Hantar talak anak orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kalau tuan pergi ke Jeddah, Pergi dengan anak permaisuri; Kalau teringin hendak makan buah, Buah masak di ranting tinggi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Tinggi bukit gunung Mak Buah, Anak pelanduk berlari-lari; Kalau dah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Buah berembang buah bidara, Masak seuntai dua untai; Anak bersubang disangka dara, Macam mumbang ditebuk tupai. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Buah padi masak sepenggal, Mari diketam anak Melayu; Buah hati selamat tinggal, Bukanlah kami membuang lalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak kuda tepi gedung, Mari makan rumput rampai; Buah saya buah kedondong, Sampai lisut tak makan tupai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Anak Cina membuat kebun, Buat pagar bersilang tiga; Buah masam buah di dusun, Buat jeruk dimakan juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |