Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Ayat |
Maksud Ayat |
ntok-ntok | [nt/.nt/] | kata nama | sejenis makanan yang dibuat daripada kelapa parut, ketumbar, jintan, ikan bilis atau udang kering yang ditumbuk halus. Adunan tersebut digaul dengan kuning telur sebelum dibentuk bulat-bulat dan dicelup putih telur lalu digoreng. | | | |
begedel | [b«.g«.del] | kata nama | sejenis makanan yang dibuat daripada kentang rebus yang dilecek, dibubuh kayu manis, bunga lawang, cengkih dan udang kering yang ditumbuk halus, daun saderi dan daun bawang digaul dengan kuning telur dibentuk bulat-bulat dan dicelup dalam putih telur dan | | | |
bontak | [bon.tA/] | kata adjektif | berkenaan orang yang bulat dan pendek. | Orangnye bontak saje, tak macam kakaknye, langsing. | [o.ÄAN.ø« bon.tA/ sA.dZ« tA/ mA.tSAm kA.kA/.ø« lAN.seN] | Orangnya bulat pendek sahaja, tidak seperti kakaknya yang berbadan langsing. |
tembose | [t«m.bo.s«] | kata nama | sejenis kuih seperti karipap yang berbentuk bulat dan berintikan daging, kentang, bawang besar yang dipotong dadu, dan daun saderi yang dihiris halus, kemudian ditumis dengan bawang-bawang dan rempah. | | | |
opak | [o.pA/] | kata nama | sejenis makanan daripada parutan ubi kayu yang dibentukkan bulat, leper, nipis dan besar seperti saiz pinggan, dikeringkan dan digoreng. | | | |
roti kirai | [Äo.ti ki.ÄAj] | | sejenis makanan yang diperbuat daripada tepung dan digoreng seperti rupa jala berbentuk bulat dan dimakan dengan kuah kari daging atau kari ayam atau kuah durian, roti jala. | | | |
nasi ambang | [nA.si Am.bAN] | | sejenis hidangan nasi yang boleh dimakan bersama oleh empat orang tanpa menggunakan pinggan makan dan dihidang di dalam dulang bulat yang besar dan lauknya diletakkan di tengah-tengah. | | | |
pendaram | [p«n.dA.ÄAm] | kata nama | sejenis makanan daripada tepung gandum yang dicampur dengan udang pepai, hirisan bawang besar, daun kunyit, dan lada merah serta garam yang digaul bersama dan digoreng berbentuk bulat | | | |
lontong I | [lon.toN] | kata nama | 1. sejenis makanan berkuah yang mengandungi nasi himpit atau lontong yang dimakan bersama lodeh dan kuah kacang. 2. yang direbus dalam kelongsong daun pisang dalam acuan berbentuk bulat panjang seakan-akan lemang. | | | |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Ayat |
Maksud Ayat |
| | | 2. sejenis buah terung bulat yang berbelang oren dan hitam kulitnya. | | | |
gebok | [g«.b/] | kata nama | sejenis alat yang berbentuk bulat panjang (daripada tembaga, kayu) untuk membuat (laksa, putu mayam, mi, cendol dan lain-lain), kebuk. | Laksa beraeh hak buat dengan gebok lebeh sedap pada laksa bihun. | [lA/.sA b«.ÒAEh hA/ bu.wAt d«.NAn g«.b/ l«.beh s«.dAp pA.dA lA/.sA bi.hun] | Laksa beras yang dibuat dengan menggunakan gebok lebih sedap rasanya daripada laksa bihun. |
kote mamak | [k.tE mA.mA/] | | sejenis tumbuhan (pokok dan buahnya) yang buahnya bulat dan panjang berwarna hitam apabila masak (boleh dimakan begitu sahaja). Isinya merah kehitam-hitaman. | | | |
badai | [bA.dAj] | kata kerja | meratakan tanah sawah dengan menggunakan batang pisang, kayu bulat, tenggiling, dan sebagainya. | Badai dulu tapak semai, lepaeh tu baru taboq padi benih. | [bA.dAj du.lu tA.pA/ s«.mAj l«.pAEh tu bA.Òu tA.bâÖ pA.di b«.nih] | Ratakan dahulu tapak semaian itu sebelum menabur benih padi. |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Ayat |
Maksud Ayat |
nekbak | [nE/.bA/] | kata nama | sejenis kuih berbentuk bulat leper berwarna kuning dibuat daripada tepung gandum dan kuning telur itik. Cara memakannya ialah dengan memasukkan nekbat ke dalam air gula yang mendidih sehingga menjadi kembang. | | | |
gomok | [g.m/] | kata nama | 1. sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras dan kelapa serta berbentuk bulat. | Woh gomok diyo pecoh lepah keno tepoh lori. | [wh g.m/ di.j p«.tSh l«.pAh k«.n t«.poh l.Äi] | Tempurung lutut dia pecah selepas dilanggar lori. |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Dialek |
Maksud Ayat |
boko | [b.k] | kata nama | bekas daripada anyaman mengkuang atau upih berbentuk bulat yang diisi dengan dodol, wajik, kesirat, biasanya dibawa oleh pihak perempuan untuk dihadiahkan kepada pihak lelaki dalam majlis perkahwinan. | Bolah penganten pompuan bawak tujoh bijik boko. | [b.lAh p.NAn.ten pm.pu.wAn bA.wA/ tu.dZh bi.dZi/ b.k] | Pihak pengantin perempuan membawa tujuh boko dodol. |
monconcong | [mn.tSn.tSN] | kata adjektif | berkenaan bentuk bibir mulut yang terbuka berbentuk bulat kerana kepedasan. | Mulute monconcong lopeh makan gulo lado api yang podeh tu. | [mu.lut.E mn.tSn.tSN lo.pEh mA.kAn gu.l lA.d A.pi jAN p.dEh tu] | Mulutnya monconcong lepas makan gulai cili api yang pedas itu. |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Dialek |
Maksud Ayat |
kue ku | [kue ku] | | sejenis kuih yang berbentuk bulat membujur seperti buah pinang yang luarnya dibuat daripada tepung pulut dan intinya daripada kacang hijau yang dimasak dengan kelapa parut dan gula. Kuih ku dikukus dan diwarnakan; kueh periye. | | | |
kue periye] | [kue p«.Äi.j«] | | sejenis kuih yang berbentuk bulat membujur seperti buah pinang yang luarnya dibuat daripada tepung pulut dan intinya daripada kacang hijau yang dimasak dengan kelapa parut dan gula. Kuih ku dikukus dan diwarnakan; kue ku. | | | |
telinge batak | [t«.li.N« bA.tA/] | | sejenis kuih daripada campuran tepung beras, gula Melaka dan santan yang dibentuk bulat leper, dilubangkan seperti cincin dan digoreng; denderam, telinga keling. | | | |
kue kereng | [kueh k«.ÄeN] | | sejenis kuih yang dibuat daripada adunan tepung pulut dan telur putih, berbentuk seperti tali bersimpul atau bulat, digoreng dan disira. | | | |
padi Bugis | [pA.di bu.gis] | | sejenis padi yang boleh tumbuh di tanah yang mempunyai sedikit air atau di tanah yang lembab. Padi ini besar dan bulat berbanding padi lain. | | | |
tajak | [tA.dZA/] | kata nama | sejenis alat yang mempunyai batang berbentuk bulat atau segi empat dan mempunyai pisau tajak pada hunjungnya. Digunakan untuk menggali lubang, atau memotong tangkai buah kelapa sawit. | Kau nak buat lubang tu, pakai le tajak. | [kAw nA/ bu.wAt lu.bAN tu pA.kAj l« tA.dZA/] | Engkau hendak buat lubang itu, pakailah tajak. |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Ayat |
Maksud Ayat |
bako kuci | [bA.ko ku.tSi] | | sejenis bakul yang dibuat daripada buluh berbentuk bulat atau segi empat untuk membasuh atau tos sesuatu. | Bok sini bako kuci tu, nok basoh beraih. | [b/ si.ni bA.ko ku.tSi tu n/ bA.s/ b«.ÄAC] | Bawak ke sini bakul bulat itu, hendak membasuh beras. |
bujang | [bu.dZAN] | | bakul daripada mengkuang berbentuk bulat dan bahagian bawahnya berbucu segi empat yang digunakan untuk menyimpan beras, padi dan lain-lain; buyong. | Mok junjong bujang jemo padi. | [m/ dZun.dZoN bu.dZAN dZ«.m pA.di] | Emak menjunjung bakul mengkuang untuk menjemur padi. |
terong belarai | [t«.ÄoN b«.lA.ÄAj] | | terung kecil, bulat, berwarna hijau, terung pipit. | | | |
buyong | [bu.joN] | kata nama | bakul daripada mengkuang berbentuk bulat dan bahagian bawahnya berbucu segi empat yang digunakan untuk menyimpan beras, padi dan lain-lain; bujang. | Ce ulo buyong, mok nok buboh padi | [tS« u.lo bu.joN m/ n/ bu.boh pA.di] | Tolong hulurkan bakul mengkuang, emak hendak bubuh padi. |
kue telipok | [ku.we t«.li.po/] | | penganan berbentuk bintang dibuat daripada tepung pulut yang dicampur dengan santan, gula dan air daun pandan, dimasak dengan cara di alas dengan daun pisang yang dibentuk bulat dan dikukus. | | | |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Ayat |
Maksud Ayat |
gelinte | [g«.lin.tE] | kata kerja | 1. membulat-bulat sesuatu dengan menggunakan dua tapak tangan. | Biskut arab kena gelinte, tak buleh terap. | [bis.kut A.rAb k«.nA g«.lin.tE tA bu.leh t«.ÒAp] | Biskut arab kena buat bulat-bulat dengan tangan, tidak boleh terap. |
capreh | [tSAp.Òeh] | kata nama | lesen yang berbentuk bulat yang digantung pada baju pemandu (seperti pemandu teksi, bas, lori dan sebagainya). | Dereba lori tu kena tahan polis pasai tak pakai ceperaih. | [d«.ÒE.bA lo.ri tu k«.nA tA.hAn p.lis pA.sAj tA pA.kAj tS«.p«.ÒAC] | Drebar lori tu ditahan polis sebab tidak memakai pas. |
bubu tuaq | [bu.bu tu.wA)Ö] | | Bubu daripada buluh, berbentuk bulat dan panjang serta mempunyai dua injap. Bubu ini digunakan di sawah atau parit. | Kami pakai bubu tuaq bila tangkap ikan kat bendang. | [kA.mi pA.kAi bu.bu tu.wA)Ö bi.lA tAN.kAp i.kAn kAt b«n.dAN] | Kami menggunakan bubu tuaq apabila menangkap ikan di sawah. |
mbat-mbat | [m.bAt.m.bAt] | kata nama | bekas air wangi daripada tembaga dan biasanya digunakan untuk merenjis pengantin. Bekas ini berbatang panjang dan mempunyai lubang-lubang halus di bahagian atasnya, manakala di bahagian bawahnya agak bulat untuk mengisi air wangian | Besanya mbat-mbat ni orang boh ayaq mawaq. | [bE.sA.øA m.bAt.m.bAt ni .ÒAN boh A.jA)Ö mA.wA)Ö] | Biasanya bekas air wangi daripada tembaga diisi dengan air mawar. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulat |
|
Puisi |
---|
|
Kurang bulat sembayan sakar, Akan membubur si kacang gadung; Tanah bersukat jangan diekar, Kalau diekar siapa yang tanggung?
Lihat selanjutnya... |
|