Microsoft Word - Bahasa Kebangsaan di Tempat Awam
pengawalan oleh pihak PBT agak longgar. Berdasarkan temu bual dengan beberapa orang pegawai PBT, kebiasaannya pihak yang ingin mempamerkan iklan, kain rentang atau gegantung hanya perlu mengisi borang dan membayar yuran yang ditetapkan. Apa yang tertulis dan tercatat pada bahan-bahan tersebut tidak begitu diberi perhatian oleh bahagian yang mengawalnya di peringkat PBT. Pegawai yang menjaga dan menguruskan bahagian iklan, kain rentang dan gegantung kebanyakannya tidak terlatih dalam bidang bahasa khususnya dari aspek tatabahasa. Mereka akan meluluskan semua permohonan asalkan pihak pengguna membayar yuran yang ditetapkan. Setelah dirumuskan tahap penggunaan BM di tempat awam mengikut zon, jenis PBT, dan domain, rumusan seterusnya adalah dari sudut pematuhan tatabahasa dalam penggunaan BM. Penganalisisan tentang pematuhan tatabahasa
|
|
|