Microsoft Word - Bahasa Kebangsaan di Tempat Awam
digunakan sepenuhnya dalam penamaan premis atau judul paparan dalam domain; BM ditulis dalam saiz yang lebih besar berbanding bahasa-bahasa lain; BM diletakkan di bahagian atas atau di posisi sebelah kanan bahasa-bahasa lain. (ii) kurang mengutamakan - bermaksud BM digunakan bersama-sama bahasa lain dalam penamaan premis atau judul paparan; BM ditulis dalam saiz yang lebih kecil berbanding dengan bahasa-bahasa lesen perniagaan. Undang-undang dan peraturan berkaitan penggunaan BM yang kurang berkesan atau agak longgar perlu diteliti semula dan dikemas kini serta diselaraskan untuk semua kawasan pentadbiran PBT di Malaysia. Langkah ini dapat membantu memantapkan dan memperkasakan penggunaan BM dan tindakan penguatkuasaannya. Bagi premis yang sudah mendapat kelulusan tetapi gagal mematuhi undang-undang dan peraturan yang sedia termaktub, tindakan penguatkuasaan perlu
|
|
|