PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
single electron tunneling | | | Fenomena yang berlaku dalam sistem mekanik kuantum apabila elektron tunggal dapat melintasi kawasan tenaga terlarang disebabkan oleh sifat bak gelombangnya. Fenomena ini dapat dicerap apabila satu lapisan bahan penebat yang amat tipis, berketebalan beberapa nanometer, diapit oleh dua bahan konduktor. Fenomena ini digunakan dalam pembuatan transistor elektron tunggal. |
single electron transistor (SET) | | | Keadaan transistor yang dimensinya dalam julat nanometer menyebabkan transistor ini peka terhadap pengangkutan elektron tunggal. Transistor ini terdiri daripada dua elektrod sumber dan salir yang terpisah oleh satu pulau yang bertindak sebagai terowong. Pulau ini biasanya diperbuat daripada bintik kuantum atau nanotiub karbon. Aras tenaga elektron dalam pulau dapat ditala menggunakan elektrod ketiga, iaitu lawang. Sekiranya lawang dibekalkan dengan voltan positif, aras tenaga bintik kuantum akan turun. Hanya satu elektron tunggal daripada sumber dapat menerowong ke dalam pulau tersebut untuk mengisi aras tenaganya yang kosong dan seterusnya elektron akan menerowong ke bahagian salir. |
single-nanoparticle electronic device | | | Alat elektronik yang difabrikasi dengan menyusun blok nanozarah hablur tunggal silikon. Nanozarah silikon ini berdiameter antara 20 nm - 80 nm, berbentuk kubus dan berorientasi tinggi. |
seed crystal | | | Cebisan kecil bahan hablur tunggal yang digunakan untuk menumbuhkan hablur bahan yang sama. Hablur besar dapat ditumbuhkan dengan merendam cebisan ini dalam suatu larutan lebur supertepu yang kemudiannya disejukkan secara perlahan. Hablur ini juga dapat dihasilkan secara melalukan wap bahan yang hendak ditumbuhkan ke atas permukaan benih tersebut. Contohnya, hablur benih digunakan untuk menumbuhkan jongkong hablur tunggal silikon dalam industri semikonduktor yang menggunakan kaedah seperti proses Czochralski atau teknik Bridgeman. |
single-walled carbon nanotube | | | Sejenis nanotiub yang terdiri daripada satu lapisan dinding grafit. Lihat juga nanotiub. |
soft molecule | | | Molekul tunggal bahan organik atau organo-logam yang dapat berfungsi sebagai satu komponen peranti elektronik, seperti suis, transistor dan diod. Komponen peranti ini dapat dipasang pada permukaan lembut seperti kepingan kertas atau plastik. Peranti yang dibina ini bersifat boleh lentur. |
imogolite nanotube | | | Nanotiub berdinding tunggal galian imogolit aluminosilikat dengan stoikiometri (HO)3Al2O3SiOH dan terdapat secara semula jadi dalam tanih gunung berapi. Nanotiub imogolit mempunyai potensi untuk digunakan secara meluas dalam nanoteknologi antaranya, dalam pemisahan molekul, storan molekul, dan pemangkinan. |
silicon boule | | | Jongkong silikon hablur tunggal yang dihasilkan secara sintetik. Dalam industri semikonduktor, boule silikon dapat dihasilkan menerusi beberapa cara, seperti teknik Bridgeman atau proses Czochralski. Bagi menghasilkan satu rod silinder, boule silikon biasanya dipotong menjadi wafer bulat dan digilap agar substrat sesuai sebagai peranti semikonduktor. |
lysosome | | | Sel organel yang terdiri daripada membran tunggal berbentuk sfera dan mengandungi campuran enzim hidrolitik. Lisosom mencerna bahan buangan sel kepada sebatian yang lebih ringkas untuk dijadikan sebagai bahan baharu pembentukan sel. |
complementary strand | | | Salah satu daripada dua bebenang tunggal DNA yang jujukan nukleotidanya tergabung sebagai pasangan membentuk heliks berganda DNA. Lihat juga asid deoksiribonukleik (DNA). |
|
Tesaurus |
---|
| tunggal (adjektif) | Bersinonim dengan satu, satu-satunya, mufrad, hanya satu, tiada yang lain, teramung, esa, wahid;, | | Kata Terbitan : menunggalkan, ketunggalan, |
|
Puisi |
---|
|
Nyiur tunggal kelapa tunggal, Tindan menindan kelapa manis; Berpeluk tinggal bercium tinggal, Tinggal abang jangan menangis.
Lihat selanjutnya... |
|