PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
saponite | | | Galian tanah liat yang terdiri daripada bahan silikat aluminium dan magnesium berair. Rumus kimianya ialah 1/2(Ca,Na)0.33 (Mg,Fe+2)3 (Si,A1 )4 O10(OH)2.4H2O dan berstruktur monoklinik. Galian ini bersifat amorfus lembut, pejal dan berplastik, dan terdapat dalam rongga batu. |
zeolite catalysis | | | Proses tindak balas kimia menggunakan sifat nanostruktur bahan zeolit sebagai pemangkin. Hablur pepejal zeolit ialah galian aluminosilikat yang diperoleh secara tabii dan mempunyai liang halus dengan saiz liang kurang daripada 2 nm. Dalam suatu tindak balas kimia, zeolit mengurung molekul yang bertindak balas dalam rongga halus, menyebabkan struktur dan kereaktifan molekul tersebut berubah. Zeolit biasanya digunakan sebagai pemangkin dalam industri petrokimia. |
|
|