PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
scattering length | | | Jarak garis serenjang dari pusat atom atau nukleus sasaran ke garis alur zarah atau nukleus tuju terdekat yang dapat dicapai dalam penyerakan. Jarak ini digunakan untuk menganalisis serakan suatu zarah atau nukleus tuju oleh atom atau nukleus tertentu. Panjang penyerakan ini juga dapat ditentukan bersamaan dengan jejari sfera yang berpusat pada nuklues atom sasaran yang tidak dapat ditembusi oleh zarah atau nukleus tuju. Contoh zarah tuju ialah elektron dan neutron, manakala contoh sinaran tuju ialah sinar-X, sinar gama dan sinar cahaya laser. |
ligand | | | Molekul, ion atau kumpulan yang terikat pada atom pusat dalam sebatian kelat atau sebatian berkoordinasi. Contohnya, [Co(NH3)6]3+ |
Lennerd-Jones potential | | | Keupayaan dua molekul yang diperoleh secara semiempirik dan diungkapkan sebagai V= (A/r12)-(B/r6) dengan r =jarak antara pusat molekul, manakala A dan B=pemalar. |
Keggin ion | | | Ion yang formulanya [Al13O4(OH)24(H2O)12]7+ dengan atom aluminium membentuk struktur terapat-padat. Dalam ion ini, atom aluminium yang terletak pada kedudukan pusat ialah terkoordinat tetrahedron, manakala 12 atom aluminium di sekelilingnya terkoordinat oktahedron. Kewujudan ion ini dapat dikesan dengan tepat menggunakan kaedah resonans magnet nukleus (NMR) Al27. Ion ini digunakan untuk mengisi ruang dalam lapisan bahan tak organik. |
zig-zag structure | | | Keadaan struktur susunan atom karbon dalam nanotiub yang ditentukan berdasarkan susunan heksagon pada lilitan tiub. Struktur ini mempunyai satu garis ikatan karbon ke bawah pusat nanotiub dan simetri yang tinggi. Struktur nanotiub karbon yang lain ialah kerusi berlengan dan kiral. |
|
Puisi |
---|
|
Tinggi pusat tinggi beringin, Tempat menggantung anak dewa; Hendak berpesan dengan angin, Angin tidak pandai berkata.
Lihat selanjutnya... |
|