PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
Arrhenius process | | | Proses yang memerlukan tenaga haba tambahan bagi mengatasi sawar tenaga, iaitu tenaga keaktifan sebelum sesuatu tindak balas dapat berlaku. Proses ini memenuhi persamaan Arrhenius: dengan y= kadar tindak balas suatu proses, Ea = tenaga pengaktifan proses (atau entalpi), k= pemalar Boltzmann, T= suhu. Contohnya, tindak balas ion dalam larutan dan tindak balas yang berlaku dalam organisma hidup. |
wet chemical process | | | Satu proses menghasilkan bahan tertentu bermula daripada larutan bahan kimia seperti sol-gel dan sepemendakan. Proses ini merupakan teknik kos rendah untuk menyediakan nanozarah, bintik kuantum, nanorod dan nanowayar. |
Arrhenius plot | | | Satu plot garis lurus ln y melawan 1/T (atau 1/kT) bagi persamaan Arrhenius: dengan y= kadar tindak balas suatu proses, Ea= tenaga pengaktifan proses (atau entalpi), k= pemalar Boltzmann, T= suhu. Persamaan Arrhenius berlaku untuk kebanyakan proses terma seperti pemancaran elektron dari suatu dawai panas dan pertumbuhan kultur bakteria. Plot Arrhenius sangat berguna untuk menentukan tenaga pengaktifan sesuatu proses. |
nanopositioning | | | Proses yang melibatkan pergerakan dan penempatan sesuatu objek dengan kejituan nanometer. Proses ini biasanya digunakan untuk pemasangan komponen gentian optik. Kaedah yang digunakan untuk proses ini menggunakan kesan piezoelektrik yang dikawal oleh voltan elektrik. |
artificial photosynthesis | | | Proses yang dilakukan oleh manusia dalam usaha meniru proses tabii fotosintesis bagi mensintesis karbohidrat daripada gas karbon dioksida, air dan tenaga cahaya matahari. Proses ini dibuat bertujuan untuk mendapatkan sumber tenaga alternatif daripada sinaran matahari. Terdapat beberapa pendekatan untuk menghasilkan fotosintesis buatan, salah satunya ialah sel suria elektrokimia yang menggunakan bahan semikonduktor TiO2 berstruktur nanozarah atau nanorod sebagai fotoanod. |
crystal growth | | | Proses pencambahan hablur yang berlaku secara semula jadi atau secara proses buatan. Pertumbuhan hablur dapat dilakukan dalam bentuk siri iaitu secara resapan atom bahan penghablur ke atas permukaan hablur, resapan atom ke atas permukaan hablur pada tapak khas atas permukaan, pemasukan atom ke atas hablur pada tapak dan resapan haba daripada proses penghabluran. |
tissue repair | | | Proses membaiki sendiri tisu kulit atau organ lain apabila berlaku kecederaan. Pada umumnya proses ini dibahagikan kepada empat tahap, iaitu pendarahan, keradangan, percambahan dan pembentukan semula. Nanoteknologi digunakan untuk membantu membaiki semula tisu secara tabii. Contohnya, bahan sintetik bioserasi dengan lompang bersaiz nano digunakan sebagai acuan untuk membentuk semula tisu dan pada masa yang sama membekalkan bahan kimia untuk membantu proses pembaikan. |
nanofiltration | | | Proses penurasan menggunakan membran berliang bersaiz antara 1 nm - 10 nm, iaitu lebih kecil daripada saiz ultraturas. Membran diperbuat daripada filem tipis polietilena tereftalat atau filem tipis alumina. Pada awalnya proses ini digunakan untuk prarawatan air laut bagi menapis keluar ion Ca2+ dan Mg2+, iaitu sebelum dilakukan rawatan selanjutnya menggunakan osmosis berbalik. Proses ini digunakan juga untuk menuras susu, jus dan bahan ubatan. |
autofluorescence | | | Proses pendarfluor yang berlaku dalam bahan asal suatu organisma. Proses ini dapat memberikan gangguan dalam penggunaan mikroskop pendarfluor organisma tersebut yang diberikan tompokan bahan berpendarfluor (seperti antibodi yang berlabel bahan pendarfluor). Gangguan ini dihasilkan apabila kesan autopendarfluor lebih besar daripada isyarat cahaya yang diperlukan. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu autopendarfluor sangat berfaedah untuk dijadikan sebagai penanda diagnostik. |
flocculation | | | Proses apabila pelarut terkeluar daripada suatu larutan dalam bentuk kepingan atau gumpalan. Proses ini berlaku apabila zarah halus mengelompok bersama membentuk kepingan atau gumpalan. Kepingan atau gumpalan ini kemudiannya timbul ke permukaan cecair atau mendap ke bawah dan dapat ditapis dengan mudah. |
|
|