PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
cancer treatment | | | Teknik rawatan yang menggunakan nanoteknologi yang sedang dibangunkan oleh ahli genetik, ahli biokimia dan lain-lain. Dalam teknik ini, tisu tumor kanser menjadi sasaran. Nanoubat akan memusnahkan tisu ini tanpa melibatkan tisu yang sihat. |
mesoscopic | | | Sistem yang saiznya berada dalam julat sekitar 10(2) nm - 10(3) nm, iaitu antara sistem mikroskopik dengan makroskopik. Sistem ini mengandungi ribuan atom atau molekul yang dapat berinteraksi secara mekanik kuantum. Walaupun sistem mesoskopik bersaiz kecil, sistem ini mengandungi atom atau molekul yang mencukupi untuk menentukan purata ketumpatan, cas, suhu, entropi, dan lain-lain. |
radiationless transition | | | Peralihan antara dua aras tenaga sistem tertentu, iaitu tenaga yang dihasilkan diserap oleh sistem lain sehingga tidak berlaku pemancaran cahaya oleh sistem pertama. Contohnya, kesan Auger dan pengujaan atom atau molekul semasa pelanggaran dengan atom atau molekul yang lain. |
sp hybridization | | | Satu daripada proses pembentukan ikatan kimia dalam atom karbon C, dan juga beberapa atom lain. Dalam proses ini, atom C memindahkan satu elektron dari petala 2s ke dalam orbitan 2p yang kosong, dan seterusnya menggabungkan baki satu elektron pada petala 2s dengan satu elektron pada orbitan 2p atom lain. |
tissue repair | | | Proses membaiki sendiri tisu kulit atau organ lain apabila berlaku kecederaan. Pada umumnya proses ini dibahagikan kepada empat tahap, iaitu pendarahan, keradangan, percambahan dan pembentukan semula. Nanoteknologi digunakan untuk membantu membaiki semula tisu secara tabii. Contohnya, bahan sintetik bioserasi dengan lompang bersaiz nano digunakan sebagai acuan untuk membentuk semula tisu dan pada masa yang sama membekalkan bahan kimia untuk membantu proses pembaikan. |
metastasis | | | Penyebaran sel kanser dari tempat metastasis bermula ke tempat lain dalam tubuh. Nanoteknologi digunakan untuk mengesan dan merawat metastasis sebagai ganti kepada pengunaan kemoterapi. Teknik ini termasuk dalam bidang nanoperubatan. |
elastin | | | Protein kenyal pada tisu yang bersambungan antara satu sama lain dan membenarkan tisu pada badan kembali kepada bentuk asal selepas regangan atau kecutan. Protein ini membantu kulit kembali kepada struktur asal selepas dicubit atau ditekan. Elastin terdiri daripada asid amino, glisina, valina, alanina, dan pralina. Elastin pada dinding arteri muncul dalam bentuk helaian atau membran yang berlubang dalam pelbagai saiz. |
transducer | | | Peranti elektronik yang menukarkan satu bentuk tenaga kepada bentuk tenaga yang lain untuk pelbagai tujuan termasuk pengukuran atau pemindahan data. Contoh transduser ialah transduser ultrasonik, transduser suhu (contoh termogandingan), transduser piezoelektrik dan transduser tekanan. |
star nanosphere | | | Bahan polimer yang permukaannya berumbai dengan bahan polimer panjang yang lain. Nanosfera ini terbentuk apabila unit polimer berupaya menjalani proses swapasang untuk menghasilkan kopolimer. Dalam proses ini, polimer (A)m yang panjang menyusun secara lingkaran sehingga membentuk nanosfera yang tegar. Pada permukaan sfera ini, polimer (B)n terswapasang dan kelihatan seperti bintang. Nanosfera bintang digunakan dalam industri untuk meningkatkan kekuatan peleburan bahan plastik. Banding nanosfera berbulu. |
nanoparticle reactivity | | | Keaktifan suatu gugusan nanozarah untuk bertindak balas dengan nanozarah jenis lain. Oleh sebab struktur elektronik nanozarah bergantung pada saiznya, maka kereaktifannya juga bergantung pada saiz. Contohnya, nanozarah emas lebih reaktif untuk bertindak balas sebagai pemangkin apabila saiznya sekitar 1 nm - 10 nm. |
|
Puisi |
---|
|
Lain hulu lain pemarang, Buah bidara di atas bukit; Lain dahulu lain sekarang, Jauh beza bukan sedikit.
Lihat selanjutnya... |
|