PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
sol-gel glass forming | | | Alat khas bagi menghasilkan sfera kaca berskala nano. Sfera kaca ini digunakan untuk pengkapsulan enzim bagi melindunginya daripada serangan kimia dan fizik persekitaran atau digunakan juga untuk pengkapsulan minyak tengik dalam krim kulit supaya tidak berbau busuk dan memedihkan mata. |
magnetic force microscopy (MFM) | | | Penggunaan mikroskop daya magnet untuk mencerap fasa magnet suatu sampel dengan cara mengimbas suatu penduga pada permukaan sampel. Alat yang biasa digunakan ialah mikroskop daya atom yang menggunakan suatu penduga khas yang peka kepada medan magnet. Mikroskop daya magnet dapat mengukur resolusi sehingga 10 nm. Contoh penggunaan alat ini adalah untuk mengkaji fasa magnet pada pita video dan jalur magnet bagi kad kredit atau kad bank. Lihat juga mikroskop daya atom (AFM). |
crystal growth | | | Proses pencambahan hablur yang berlaku secara semula jadi atau secara proses buatan. Pertumbuhan hablur dapat dilakukan dalam bentuk siri iaitu secara resapan atom bahan penghablur ke atas permukaan hablur, resapan atom ke atas permukaan hablur pada tapak khas atas permukaan, pemasukan atom ke atas hablur pada tapak dan resapan haba daripada proses penghabluran. |
collagen | | | Sebarang sebatian organik dalam kelas protein yang paling banyak terdapat dalam badan haiwan. Kolagen biasanya berbentuk serabut, tidak kenyal, berwarna putih dengan kekuatan tegasan yang tinggi dan tidak larut di dalam air. Kolagen yang terdapat di bawah kulit binatang dapat digunakan sebagai bahan pelekat. Kolagen khas digunakan dalam perubatan semasa pembedahan. Saiz kolagen adalah sekitar 1 nm, tetapi dalam bentuk serat saiznya adalah dalam julat 50 nm - 500 nm. |
|
|