PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
Coulomb blockade | | | Alat untuk menghalang pemindahan elektron ke dalam daerah yang menghasilkan perubahan tenaga elektrostatik melebihi tenaga terma. Jika daerah tersebut dicirikan dengan kapasitans C, tenaga elektrostatik bertambah sebanyak e2/2C dengan kehadiran suatu elektron. Dalam struktur makro, perubahan tenaga ini tidak ketara manakala dalam struktur nano terutamanya dalam bintik kuantum, syarat e2/2C melebihi tenaga terma kBT amat ketara. Perubahan dalam tenaga elektrostatik yang disebabkan oleh pemindahan elektron tunggal terhasil dalam jurang tenaga e2/2C dalam spektrum tenaga pada aras Fermi dikenali sebagai jurang Coulomb. Kemasukan elektron dalam rejim penghalang Coulomb disekat sehingga jurang tenaga diatasi oleh medan pincang. Fenomena ini berlaku dalam penerowongan elektron tunggal. Sinonim jurang Coulomb. |
|
Puisi |
---|
|
Pandailah pandai membelah buah, Buah dibelah pakailah parang; Pandailah pandai membawa olah, Jangan ketara di muka orang.
Lihat selanjutnya... |
|