Ministry of Foreign Affairs, Malaysia - Pengenalan
2. Dasar luar Malaysia berasaskan prinsip untuk menjalinkan hubungan erat dan baik dengan negara lain dalam komuniti negara. Malaysia akan terus menghormati hal ehwal dalaman negara lain dan menyokong dasar tidak campur tangan yang mengiktiraf kedaulatan negara lain. 3. Sejak kemerdekaan Malaysia pada 1957 sehingga kini, wawasan dasar luar kita sentiasa konsisten, iaitu untuk melindungi kepentingan negara Malaysia di samping menyumbang sebuah negara yang majoriti penduduknya Islam juga mementingkan perpaduan Ummah dan semangat kerjasama dalam kalangan negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Status Malaysia sebagai sebuah negara membangun bermakna bahawa adalah mustahak untuk negara ini memainkan peranan aktif dalam Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Komanwel, Kumpulan 77 (G77), Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8), Dialog Asia-Timur Tengah (AMED), Forum Kerjasama Asia Timur
|
|
|