PeribahasaLalu penjahit, lalu kelindan.TakrifApabila usaha yang pertama telah berhasil, maka usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Lulus [= lalu] jarum, lulus [= lalu] kelindan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLulus (= lalu) jarum, lulus (= lalu) kelindan.TakrifApabila usaha yang pertama telah berhasil, maka usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Lalu penjahit, lalu kelindan). lulus = masukSumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAir surut kapar hilir bersama, air pasang ia tersangkut.TakrifDi dalam usaha yang tidak menguntungkan, diajak bersama-sama, dan apabila usaha itu berhasil, ditinggalkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMemanjat terkena seruda.TakrifUsaha yang mendapat rintangan. seruda = duri-duri yang dipasang di bawah pohon.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaInai tertepung, kuku tanggal.TakrifUsaha yang tak dapat diambil hasilnya kerana terjadi kemalangan. tertepung = sudah digiling.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPisang ditanam tak berjantung.TakrifUsaha yang sia-sia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTertanam di biji hampa.TakrifUsaha yang sia-sia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKurang kerat, rengkuh yang lebih.TakrifUsaha tiada seberapa hanya cakap saja yang lebih.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKecil umpan besar ikan.TakrifDengan usaha yang sedikit dapat menghasilkan pekerjaan yang besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenopang pisang yang tak berbuah.TakrifUsaha yang sia-sia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
|