PeribahasaSeperti tikus masuk roman.TakrifKecewa kerana tidak tercapai maksudnya. roman = sekam padi, bekas tangkai-tangkai padi kering.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAir besar sampan tak hanyut.TakrifMaksud tidak tercapai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenjilat keluan bagai kerbau.TakrifKecewa kerana maksudnya tidak tercapai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebelum tercapai pantang surut.TakrifTidak mahu mundur sebelum maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Pantang patah di tengah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPantang patah di tengah.TakrifTidak mahu mundur sebelum maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Sebelum tercapai pantang surut).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mencapat sagu.TakrifTak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan, b. Kurang sisik, tinggal lidi di buku; kurang selidik, tinggal kaji di guru, c. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAsyik memangku tangan, mati dalam angan-angan.TakrifTak akan tercapai maksudnya, kalau tak mahu berusaha. (Peribahasa lain yang sama makna: Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang.TakrifTak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu, b. Kurang sisik, tinggal lidi di buku; kurang selidik, tinggal kaji di guru).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKurang sisik, tinggal lidi di buku; selidik, tinggal kaji di guru.TakrifTak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu, b. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang). sisik = menyisik, membuang sisik; di guru = pada guru.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
175 | He that would eat the kernel must crack the nut | Jika mahukan sesuatu, haruslah berusaha dengan kuat. | Jika tidak dipecahkan ruyung di mana boleh mendapat sagunya. | Finally, his dream to become the first Malaysian astronaut has been realized. Indeed he has been many sacrifices and it took so many years off studying and training. He that would eat the kernel must crack the nut. | Akhirnya, impiannya untuk menjadi angkasawan pertama Malaysia tercapai. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban dan bertahun-tahun lamanya dia belajar dan menjalani latihan. Jika tidak dipecahkan ruyung di mana boleh mendapat sagunya. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
173 | He that would eat the fruit must climb the tree | Jika mahukan sesuatu, haruslah berusaha dengan kuat. | Jika tidak dipecahkan ruyung di mana boleh mendapat sagunya. | Finally, his dream to become the first Malaysian astronaut has been realized. Indeed he has been many sacrifices and it took so many years off studying and training. He that would eat the fruit must climb the tree. | Akhirnya, impiannya untuk menjadi angkasawan pertama Malaysia tercapai. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban dan bertahun-tahun lamanya dia belajar dan menjalani latihan. Jika tidak dipecahkan ruyung di mana boleh mendapat sagunya. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Apa direndam dalam bijana, Kain sutera hendak disidai; Siang malam termenung merana, Kerana cinta tidak tercapai.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 173 He that would eat the fruit must climb the tree Jika mahukan sesuatu, haruslah berusaha dengan kuat. Jika tidak dipecahkan ruyung di mana boleh mendapat sagunya. Finally, his dream to become the first Malaysian astronaut has been realized. Indeed he has been many sacrifices and it took so many years off studying and training. He that would eat the fruit must climb the tree. Akhirnya, impiannya untuk menjadi angkasawan pertama Malaysia tercapai. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban dan bertahun-tahun lamanya dia belajar dan menjalani latihan. Jika tidak dipecahkan ruyung di mana boleh mendapat sagunya. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|