PeribahasaMahal imam murahlah kitab; mahal demam murah sakit.TakrifSungguhpun orang tidak suka akan penyakit tetapi jaranglah ada orang yang dapat mengelakkannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSakit kepala panjang rambut, patah selera banyak makan.TakrifOrang yang pada lahirnya tidak suka, tetapi hatinya suka sekali. (Bandingkan dengan: Jangan bagai orang patah selera, banyak makan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTempayan yang penuh itu tidak berkocak airnya.TakrifOrang yang berilmu tidak suka bermegah-megahkan dirinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDilahir serupa tidak, dibatin menggunting angin.TakrifHidup dalam pura-pura; pada lahirnya tidak suka tetapi batinnya ingin mendapat lebih banyak lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak(kan) sebab ayam seekor mengetahui hari siang.TakrifSesuatu pekerjaan yang dikerjakan oleh orang banyak itu tidak akan terganggu kalau hanya seorang saja yang tidak suka.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaksana lembu dogol (= dungkul), tak boleh ditanduk hanya (= cuma) disondol.TakrifOrang yang suka menggertak (mengancam) tetapi tidak berbahaya. dogol = tidak bertanduk.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKata tidak dipegangnya, janji tidak ditepatinya.TakrifOrang yang suka mungkir janji.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTiada raja menolak sembah.TakrifTidak ada orang yang tak suka dihormati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan bagai orang patah selera, banyak makan.TakrifPura-pura tidak mahu, tetapi dalam hati suka sekali. patah selera = tak bernafsu makan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti sang genap: ada orang adalah dia.TakrifSuka turut campur tangan dalam urusan orang lain, walaupun tidak disukai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Tinggi pungguk Kuala Petang, Pungguk tidak terbang tinggi; Jangan tunduk abang datang, Abang tidak suka begini.
Lihat selanjutnya... |
|