PeribahasaTidak sama air hujan dengan air telaga.TakrifOrang bangsawan dengan orang biasa tidak sama derajatnya (darjatnya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLain mangkuk lain cawan.TakrifTidak sama pembawaan dan kesukaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBertelau-telau seperti panas di belukar.TakrifPerintah yang tidak sama atau tidak tetap. telau = belang yang berwarna lebih muda.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBanyak air sedikit minyak, minyak juga di atas.TakrifKedudukan yang tidak sama antara orang biasa dengan orang yang berpangkat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBersunting bunga keduduk: berdiri tak sama tinggi, duduk tak sama rendah.TakrifSuami isteri yang tidak sama derajat (darjat) keturunannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaApa digaduhkan: pengayuh sama di tangan, perahu sama di air.TakrifTidak takut menghadapi lawan apabila sama-sama mempunyai kebolehan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBurung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang.TakrifPersahabatan atau perjodohan yang tidak sepadan tidak akan selamat; tiap-tiap orang mesti mencari golongannya sendiri, barulah sempurna. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras, b. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSetali tiga wang.TakrifSama saja; tidak lebih dan tidak kurang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTidak terkayuhkan lagi biduk hilir.TakrifTidak berdaya lagi, sudah lemah benar. berbiak = basah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tidak terindang dedak, berbiak lagi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMengebat tidak erat, memancung tidak putus.TakrifKedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: Langau di ekor kerbau, debu di atas tunggul).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Banyak duri perkara duri, Tidak sama duri mengkuang; Banyak budi perkara budi, Tidak sama budimu seorang.
Lihat selanjutnya... |
|