PeribahasaLalu hangus, surut layu.TakrifKeadaan yang serba salah, diperbuat salah tak diperbuat pun salah. (Bandingkan dengan: Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu). (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti kerbau tersepit leher: dihela tanduk sudah panjang, dilalukan badan sudah besar.TakrifTerdorong melakukan sesuatu pekerjaan yang salah, tidak mungkin menarik diri lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLidah tidak bertulang, salah petik jiwa hilang.TakrifOrang yang mendapat kemalangan kerana tiada tahu menjaga tutur katanya. petik = gerak lidah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTidak manusia nan tidak gawal.TakrifSalah dan sikap adalah sifat manusia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMemetik kecapi bertali sumbang, seperti serunai berbunyi gambang.TakrifPercakapan yang tidak jelas sehingga menimbulkan salah faham orang yang mendengarnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIntan salah serudinya.TakrifBiarpun berketurunan baik, kalau tidak berpelajaran atau membuat kelakuan yang buruk, nescaya jahat dan hina juga jadinya. serudi = canai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti permata salah serudi.TakrifOrang bangsawan yang tidak berpengetahuan dan tiada tahu sopan santun.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBumi mana yang tidak kena hujan?TakrifTiap-tiap orang ada kalanya berbuat salah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTidak ada pendekar yang tak bulus, tak ada juara yang tak kalah.TakrifMeskipun pandai ada kalanya salah (keliru) juga. bulus = kena.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai bertemu (= makan) buah si malakamo; dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu.TakrifMenghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Bandingkan dengan: Lalu hangus, surut layu). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai memegang buah kepantangan beruk; ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, b. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, c. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, d. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, e. Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa, f. Kuda tua: diperkerjakan tak boleh, nak dibunuh sayang, g. Seperti Kur'an [Quran] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Rendang sungguh pohon ara, Tumbuh subur tepi telaga; Tidak salah berkenal mesra, Tatasusila perlu dijaga.
Lihat selanjutnya... |
|