PeribahasaSingkat tidak terulas, panjang tidak terkerat.TakrifTiap-tiap orang akan mati apabila telah sampai ajalnya dan kalau belum ajal berpantang mati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSepanjang-panjang tali, tidak sepanjang mulut manusia.TakrifCakap orang dapat dilakukan dengan sesuka hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Sepanjang-panjang lorong masih panjang mulut).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPerut panjang sejengkal.TakrifMerasa tidak senang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSepanjang-panjang tali, sekenyang-kenyang banteng.TakrifTidak ada daya upaya lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenerima panjang tangan, menghulur sekali belum.TakrifOrang yang hanya mahu menerima saja, tetapi tidak mahu memberi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSakit kepala panjang rambut, patah selera banyak makan.TakrifOrang yang pada lahirnya tidak suka, tetapi hatinya suka sekali. (Bandingkan dengan: Jangan bagai orang patah selera, banyak makan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti beting dipalu ombak.TakrifKehidupan yang tidak tenteram, senantiasa diganggu orang. beting = gosong panjang di muara sungai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti kerbau tersepit leher: dihela tanduk sudah panjang, dilalukan badan sudah besar.TakrifTerdorong melakukan sesuatu pekerjaan yang salah, tidak mungkin menarik diri lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSalangkan (= sedangkan) bah kapar tak hanyut, inikan pula kemarau panjang.TakrifSedangkan waktu muda sudah malas, apatah lagi waktu tua; sedangkan waktu makmur tidak senang, apalagi waktu susah. salang = selang, sedang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Besar kayu dua pemeluk, Hendak ditebang berdiri duduk; Kalau tidak panjang penjolok, Mana mendapat bunga yang elok.
Lihat selanjutnya... |
|