PeribahasaMembangkit-bangkit batang terendam.TakrifMengadakan sesuatu yang telah lama hilang (seperti mengangkat penghulu, ketua dan sebagainya yang sudah lama tidak ada). (Bandingkan dengan: Membalik-balik mayat di kubur).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCencang air tidak putus, pancung abu tak berbekas.TakrifPerselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKaduk kena baja.TakrifOrang yang tidak berguna, tetapi amat lama hidupnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDijual sayak, dibeli tempurung.TakrifYang baru tidak berbeza daripada yang lama.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.TakrifKerana sudah mendapat yang lebih baik, yang lama atau yang kurang baik dibuang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti ilmu padi hampa, makin lama makin mencongak.TakrifOrang sombong, cakapnya saja yang besar tetapi buktinya tidak ada.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah dapat gubah dikarang, bunga sekaki dicampak buang.TakrifKerana sudah mendapat yang lebih baik, yang lama atau yang kurang baik dibuang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi, b. Telah dapat gading bertuah, terbuang tanduk kerbau mati). gubah dikarang = bunga=bunga yang dikarang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTelah dapat gading bertuah, terbuang tanduk kerbau mati.TakrifKerana sudah mendapat yang lebih baik, yang lama atau yang kurang baik dibuang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi, b. Sudah dapat gubah dikarang, bunga sekaki dicampak buang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Sudah lama tidak ke ladang, Lebih padi dari kangkung; Sudah lama tidak terpandang, Hati beramuk dengan jantung.
Lihat selanjutnya... |
|