PeribahasaSetali tiga wang.TakrifSama saja; tidak lebih dan tidak kurang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTidak berperut lipat.TakrifKurang pertimbangan atau kurang fikiran.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKurang budi teraba-raba, tidak ilmu suluh padam.TakrifOrang yang kurang siasat di dalam sesuatu perkara, akhirnya akan mendapat kesusahan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTidak mudah menggelamai, kurang haru cirit kambingan, terlampau haru berlantingan.TakrifTidak mudah melakukan suatu pekerjaan, kalau tidak hati-hati tentu tidak sempurna. (Bandingkan dengan: Kalau tak pandai menggelamai, bercirit kambinglah kelak, dikunyah patah gigi, ditelan sembelit).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKoyak tak berbunyi.TakrifMelakukan sesuatu yang kurang baik, tidak diketahui orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHati gatal mata digaruk.TakrifIngin mengerjakan sesuatu tetapi tidak berdaya kerana kurang ilmu dan tidak cekap.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau tak pandai menggelamai, bercirit kambinglah kelak, dikunyah patah gigi, ditelan sembelit.TakrifSesuatu pekerjaan kalau dikerjakan oleh orang yang tidak tahu, nescaya akan rosaklah pekerjaan itu. (Bandingkan dengan: Tidak mudah menggelamai, kurang haru cirit kambingan, terlampau haru berlantingan). gelamai = dodol, kuih; cirit = biji-biji kecil dan keras yang terjadi kerana kurang jaga waktu mengacau dodol itu; cirit kambing = tahi kambing.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan liat kurang panggang.TakrifTidak dapat diajar; degil. jangat = kulit binatang atau manusia di sini dimaksudkan kepada kulit kerbau atau lembu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai kapak naik cerana.TakrifTidak pada tempatnya; kurang cukup alat (= kepandaian) untuk mengerjakan sesuatu. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti kapak naik pemidangan [= peminangan]). cerana = tempat sirih.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang.TakrifOrang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Jikalau tiada rial di pinggang, saudara yang rapat menjadi renggang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Apa pandang padi paya, Tinggi petak dari ruang; Apa pandang kepada saya, Budi tidak bahasa pun kurang.
Lihat selanjutnya... |
|