PeribahasaBerkeras tidak berkeris.TakrifBertindak keras tetapi tidak mempunyai kekuatan untuk mempertahankan dirinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBungkal sehasta (= sejengkal) tidak terkedang.TakrifOrang bodoh yang keras kepala. terkedang = terluruskan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHari ini patutlah redup (= panas keras).TakrifMengharapkan sesuatu keuntungan; sangkaan yang tidak baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti tembatu dibelah.TakrifBerserak-serak, tidak keruan. tembatu = buah yang keras seperti buah nipah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSemut dipijak tidak mati, gajah diarung bergelimpangan.TakrifOrang yang kelihatannya lemah-lembut, tetapi terlalu keras tutur bahasanya. (Bandingkan dengan: Semut dipijak tak mati, antan dilanda patah tiga). arung = rempuh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRiuh gigil seperti Cina kayuh.TakrifBercakap yang tidak ketentuan buah tuturnya. gigil = bergoncang, gementar keras.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPantang si tegang dibawa mengetul.TakrifOrang yang degil tidak mahu menurut nasihat orang. si tegang = orang yang keras kepala; mengetul = melipatkan, seperti meringkuk waktu tidur.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak gerun beliung memandang kampas besar tersergam tinggi.TakrifOrang yang kecil tetapi pintar tidak takut akan lawan yang besar. kampas = sejenis pohon kayu yang besar dan keras.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau tak pandai menggelamai, bercirit kambinglah kelak, dikunyah patah gigi, ditelan sembelit.TakrifSesuatu pekerjaan kalau dikerjakan oleh orang yang tidak tahu, nescaya akan rosaklah pekerjaan itu. (Bandingkan dengan: Tidak mudah menggelamai, kurang haru cirit kambingan, terlampau haru berlantingan). gelamai = dodol, kuih; cirit = biji-biji kecil dan keras yang terjadi kerana kurang jaga waktu mengacau dodol itu; cirit kambing = tahi kambing.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak ada gunung yang tinggi yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang dalam yang tak dapat dituruni.TakrifTidak ada usaha yang tak dapat dikerjakan, asal saja ada kemahuan yang keras.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Kencang-kencang angin selatan, Keras sampai tepi kota; Biar miskin tidak makan, Asal terpasang api pelita.
Lihat selanjutnya... |
|