PeribahasaOmbaknya kedengaran, pasirnya tidak kelihatan.TakrifKhabarnya telah kedengaran, tetapi buktinya belum ada.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBintang di langit boleh dibilang, tetapi arang di mukanya tak sedar.TakrifCacat-cela orang lain tampak, cacat-cela sendiri tidak kelihatan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bicarakan rumput di halaman orang, di halaman sendiri rumput sampai di kaki tangga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBicarakan rumput di halaman orang, di halaman sendiri rumput sampai di kaki tangga.TakrifCacat-cela orang lain tampak, cacat-cela sendiri tidak kelihatan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSembunyi-sembunyi tuma; kepala tersorok ekor kelihatan.TakrifBerpura-pura tidak mahu tahu akan perkara-perkara yang benar-benar akan terjadi; mencuba menutup-nutup perbuatan jahat yang sudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Sembunyi-sembunyi puyuh).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBesi lemah tak patah.TakrifPada lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain-mainkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Lemah liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLemah liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat.TakrifPada lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain-mainkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Besi lemah tak patah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTidak resan kunyit, resan serai.TakrifTidak ada perhubungan keluarga walaupun dulunya kelihatan sebagai satu keluarga (orang-orang yang berselisih). resan = rasa dengan lidah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerbakar kampung kelihatan asap, terbakar hati siapa tahu.TakrifKesusahan yang tidak diketahui oleh orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKulit hitam orang tengok, tulang putih siapa jenguk.TakrifOrang yang pada lahirnya kelihatan jahat, tetapi niat di hatinya baik tidak seorang pun yang tahu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
|