PeribahasaYang sejengkal tidak dapat jadi sedepa.TakrifSesuatu yang tidak dapat diubah lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Yang secupak [= sesukat] takkan jadi segantang, b. Yang sehasta takkan jadi sedepa).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDada manusia tidak dapat diselam.TakrifPengetahuan (fikiran) seseorang itu tidak dapat diduga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaYang sehasta takkan jadi sedepa.TakrifSesuatu yang tidak dapat diubah lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Yang secupak [= sesukat] takkan jadi segantang, b. Yang sejengkal tidak dapat jadi sedepa).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDalam laut boleh diduga, dalam hati siapa tahu.TakrifPengetahuan (fikiran) seseorang itu tidak dapat diduga. (Peribahasa lain yang sama makna: Dada manusia tidak dapat diselam).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaYang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran.TakrifKeuntungan yang diharapkan tak didapati, sedangkan yang telah ada hilang pula.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLidah terkalang.TakrifTidak dapat membantah sesuatu permintaan orang kerana telah berhutang budi dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lidah terganjal).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLidah terganjal.TakrifTidak dapat membantah sesuatu permintaan orang kerana telah berhutang budi dan sebagainya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerpaut sehasta tali.TakrifTidak dapat berbuat sekehendak hati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBercabang bagai lidah biawak.TakrifTidak dapat dipercayai barang katanya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerbunyi batu berbunyilah dia.TakrifTidak dapat berkata-kata kerana tembelangnya sudah pecah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Tidak dapat dikenang-kenang, Kalau dikenang mabuk kepayang; Jangan disangka airnya tenang, Tempat di situ buaya berenang.
Lihat selanjutnya... |
|