PeribahasaTak akan berwap nasi dingin.TakrifOrang yang tidak berilmu tidak mungkin mengajar orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAnak anjing takkan menjadi anak musang jebat.TakrifOrang yang tidak berilmu tidaklah mungkin mendapat kedudukan baik. (Bandingkan dengan: a. Anak harimau takkan menjadi anak kambing, b. Anak kambing takkan menjadi anak harimau).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKesat-kesat daun pimping, kalau kesat daun labu boleh dicelur.TakrifOrang miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang banyak, tetapi kalau ada perangai yang baik, ada juga faedahnya. celur = celup ke dalam air mendidih.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLebuh sempit kuda penyepak, jalan licin tebing berkelok.TakrifKesulitan (kesusahan) dalam melakukan sesuatu pekerjaan jika tidak berilmu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak ada itik yang bertengger.TakrifPekerjaan-pekerjaan yang besar dan sukar tak akan dapat dilakukan oleh orang yang tidak berilmu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTempayan yang penuh itu tidak berkocak airnya.TakrifOrang yang berilmu tidak suka bermegah-megahkan dirinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAkan memikul tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung.TakrifTiada berdaya mengerjakan sesuatu pekerjaan, kerana tiada berilmu atau tidak berwang. luncung = lancip.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerketak ayam, tahu akan bertelur atau tidak.TakrifOrang yang bijaksana itu, apabila mendengar orang bercakap, tahu ia benar atau bohong, berilmu atau tidak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMercun buluh senapang bambu, kepada saya jangan dituju.TakrifTiada guna menggertak orang yang berakal dan berilmu dengan sesuatu yang tidak ada ertinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
|