PeribahasaHabis tenggang dan (= dengan) kelakar.TakrifTidak berdaya lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti mayat ditegakkan.TakrifPucat dan tidak berdaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti ikan kena tuba.TakrifSudah tidak berdaya lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTiada terbawa sekam segantang.TakrifSangat lemah; tidak berdaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai ayam mabuk tahi.TakrifPucat lesi dan tidak berdaya sebab sakit dan kurang darah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHendak terbang tiada bersayap.TakrifIngin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak hinggap tiada berkaki).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDurian dengan mentimun, menggolek rosak, kena golek binasa.TakrifOrang yang lemah itu tidak berdaya untuk melawan orang yang berkuasa, kerana baik, salah ataupun benar dia juga yang menanggung kerugian.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAngan lalu, faham tertumbuk.TakrifSesuatu hal yang banyak halangannya; kemahuan ada tetapi tidak berdaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHendak melangkah kaki pendek, hendak mencapai tangan tak sampai.TakrifIngin membuat sesuatu pekerjaan tetapi tidak berdaya kerana kekurangan wang dan alat. (Bandingkan dengan: Hati gatal mata digaruk).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau tiada emas sepiak, kerja di mana boleh jadi.TakrifOrang yang miskin dan lemah tentulah tidak berdaya untuk memenuhi maksud hatinya. sepiak = seketip, sedikit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
|