Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
356 | Man proposes, God disposes | Manusia boleh merancang dan berusaha tetapi Tuhan yang menentukan segala-galanya. | Manusia merancang, tuhan menentukan | If Plan A fail, we have Plan B. Each has been meticulously planned,'' said the manager. ''But what if Plan B fails too?'' asked the director. '' Man proposes, God disposes, sir' replied the manager. | "Sekiranya Pelan A gagal, kita ada Pelan B. Setiap pelan ini telah dirancang dengan amat teliti,'' kata pengurus itu. ''Tetapi jika Pelan B pun gagal?'' tanya tuan pengarah. '' Manusia merancang, tuhan menentukan, tuan'', jawab pengurus. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
355 | Man proposes, God disposes | Manusia boleh merancang dan berusaha tetapi Tuhan yang menentukan segala-galanya. | Manusia mengikhtiarkan, Allah mengtakdirkan | If Plan A fail, we have Plan B. Each has been meticulously planned,'' said the manager. ''But what if Plan B fails too?'' asked the director. '' Man proposes, God disposes, sir' replied the manager. | ''Sekiranya Pelan A gagal, kita ada Pelan B. Setiap pelan ini telah dirancang dengan amat teliti,'' kata pengurus itu. ''Tetapi jika Pelan B pun gagal?'' tanya tuan pengarah. '' Manusia mengikhtiarkan, Allah mengtakdirkan, tuan'', jawab pengurus. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
354 | Man proposes, God disposes | Manusia boleh merancang dan berusaha tetapi Tuhan yang menentukan segala-galanya. | Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa | If Plan A fail, we have Plan B. Each has been meticulously planned,'' said the manager. ''But what if Plan B fails too?'' asked the director. '' Man proposes, God disposes, sir' replied the manager. | ''Sekiranya Pelan A gagal, kita ada Pelan B. Setiap pelan ini telah dirancang dengan amat teliti,'' kata pengurus itu. Tetapi jika Pelan B pun gagal?'' tanya tuan pengarah. '' Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa, tuan'', jawab pengurus. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
357 | One man's meat is another man's poison | Sesuatu yang disukai oleh seseorang, tetapi dibenci pula oleh orang lain. | Pejatian awak, kepandaian orang. | Polygamy is sweet to some women, but one man's meat is another man's poison. I would rather remain unmarried than suffer in silence! | Hidup bermadu manis bagi sesetengah perempuan, tetapi pejatian awak, kepantangan orang. Saya lebih rela membujang daripada hidup memendam derita! | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
358 | One man's meat is another man's poison | Sesuatu yang disukai oleh seseorang, tetapi dibenci pula oleh orang lain. | Temu pada awak, peria pada teman. | Polygamy is sweet to some women, but one man's meat is another man's poison. I would rather remain unmarried than suffer in silence! | Hidup bermadu manis bagi sesetengah perempuan, tetapi tebu pada awak, peria pada teman. Saya lebih rela membujang daripada hidup memendam derita! | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
419 | A good name is sooner lost than won | Nama yang baik memerlukan masa dan usaha untuk dibina tetapi seseorang itu boleh kehilangannya dengan sekelip mata akibat satu kesalahan yang dilakukan meskipun kecil. | Panas setahun hujan sehari, liput tanjung dengan pulau. (Nota : Padanan seperti kurang tepat, PM ve to +ve) | You are a man of honour and have done a lot of good things for his association. But don't get involved in those dubious activities because one minor slip could crumble your good reputation. Remember, a good name is sooner lost than won. | Kamu orang yang terhormat dan telah banyak berjasa kepada persatuan ini. Tetapi janganlah membabitkan diri dalam kegiatan yang mencurigakan kerana satu kesilapan kecil boleh menghancurkan reputasi baik kamu. Ingat, panas setahun hujan sehari, liput tanjung dengan pulau. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
418 | A good name is sooner lost than won | Nama yang baik memerlukan masa dan usaha untuk dibina tetapi seseorang itu boleh kehilangannya dengan sekelip mata akibat satu kesalahan yang dilakukan meskipun kecil. | Panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari. (Nota : Padanan seperti kurang tepat, PM ve to +ve) | You are a man of honour and have done a lot of good things for his association. But don't get involved in those dubious activities because one minor slip could crumble your good reputation. Remember, a good name is sooner lost than won. | Kamu orang yang terhormat dan telah banyak berjasa kepada persatuan ini. Tetapi janganlah membabitkan diri dalam kegiatan yang mencurigakan kerana satu kesilapan kecil boleh menghancurkan reputasi baik kamu. Ingat, panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
417 | A good name is sooner lost than won | Nama yang baik memerlukan masa dan usaha untuk dibina tetapi seseorang itu boleh kehilangannya dengan sekelip mata akibat satu kesalahan yang dilakukan meskipun kecil. | Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari. (Nota : Padanan seperti kurang tepat, PM ve to +ve) | You are a man of honour and have done a lot of good things for his association. But don't get involved in those dubious activities because one minor slip could crumble your good reputation. Remember, a good name is sooner lost than won. | Kamu orang yang terhormat dan telah banyak berjasa kepada persatuan ini. Tetapi janganlah membabitkan diri dalam kegiatan yang mencurigakan kerana satu kesilapan kecil boleh menghancurkan reputasi baik kamu. Ingat, hilang kemarau setahun oleh hujan sehari | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
564 | Sweep your own doorstep clean | Tidak usahlah mengkritik orang lain jika diri sendiri pun tidak betul. | Bintang di langit boleh dibilang, tetapi arang di mukanya tak sedar | ''You have no right to accuse her wasting her husband's money when you yourself squandered away your late father's fortune on your boyfriend. Sweep your own doorstep clean first,'' I said | ''Tak payahlah awak hendak menuduhnya membazirkan wang ringgit suaminya sedangkan awak sendiri memboroskan harta arwah bapa awak untuk teman lelaki awak. Bintang di langit boleh dibilang, tetapi arang di mukanya tak sedar,'' kataku. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
172 | Sooner said than done | Cakap memang mudah tetapi hendak membuatnya payah. | Apa payahnya menaupkan bibir atas bawah | "I suggest that a bell be hung around the cats neck," said a young mouse to tremendous applause. "But which one of us is going to do that?" interjected an old mouse. Each and every mouse in the barn fell silent suddenly. "Well, sooner said than done ," the old mouse retorted. | ''Cadangan saya, kalungkan loceng di leher si kuching itu,'' kata seekor tikus muda sambil disambut tepukan yang gemuruh. ''Tapi siapa antara kalian yang akan melakukannya?'' sampuk seekor tikus tua.Setiap ekor tikus yang ada dalam bangsal itu terdiam tiba-tiba. ''Yalah, apa payahnya menaupkan bibir atas bawah,'' tempelak si tikus tua itu. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |