PeribahasaTamak hilang malu, loba dapat kebiasaan.TakrifPerolehan yang tidak mencukupi menyebabkan berbuat kerja-kerja yang terhina.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti anjing berebut tulang.TakrifOrang tamak memperebutkan harta.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBeruk berjumpa pisang masak setandan.TakrifOrang tamak yang memperoleh keuntungan dengan mudah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti anjing menggonggong tulang.TakrifOrang yang tamak mendapat sesuatu barang dengan mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti anjing beroleh bangkai).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti anjing beroleh bangkai.TakrifOrang yang tamak mendapat sesuatu barang dengan mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti buaya bertemu bangkai hanyut).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUmpama anjing makan muntahnya.TakrifOrang yang tamak dan gelojoh tidak memilih (keji atau terlarang) apa yang akan diperbuatnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti buaya bertemu bangkai hanyut.TakrifOrang yang tamak mendapat sesuatu barang dengan mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti anjing beroleh bangkai).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDisangkakan bedena timbul, terpeluk bangkai babi bengkak hanyut.TakrifOrang tamak yang tiada tahu membezakan yang baik dengan yang buruk.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerhakim kepada beruk.TakrifMinta pertimbangan (keadilan dan sebagainya) kepada orang yang tamak, nescaya akan merugi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAnjing itu, kalau dipukul sekalipun, berulang juga ia ke tempat bangkai yang banyak tulang.TakrifOrang yang tamak, sekalipun dikata-katai, namun ia tidak akan malu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| tamak (adjektif) | Bersinonim dengan haloba, loba, rakus, serakah, lahap, celici, melik, muris, hakap, temaah, dahuk, kemaruk, gelojoh;, | | Kata Terbitan : ketamakan, |
|
|