PeribahasaMerantau di sudut dapur.TakrifPergi mencari penghidupan ke tempat yang tak berapa jauh. (Biasa juga: Merantau ke balik dapur).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLangit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan.TakrifKesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar). kambut = sebangsa bakul; diserayakan = dimintakan pertolongan orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMerantau ke hujung bendul.TakrifPergi mencari penghidupan ke tempat yang tak berapa jauh. (Peribahasa lain yang sama makna: Merantau di sudut dapur).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak.TakrifKesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan, b. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLautan yang dalam sudah diselam rata, buyung di dapur tak tahu apa isinya.TakrifNegeri yang jauh sudah dilawati dan diambil tahu, tetapi hal rumah tangga sendiri tiada diperiksa bagaimana keadaannya. (Bandingkan dengan: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan, c. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar.TakrifKesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
565 | Sweep your own doorstep clean | Tidak usahlah mengkritik orang lain jika diri sendiri pun tidak betul. | Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan | ''You have no right to accuse her wasting her husband's money when you yourself squandered away your late father's fortune on your boyfriend. Sweep your own doorstep clean first,'' I said | ''Tak payahlah awak hendak menuduhnya membazirkan wang ringgit suaminya sedangkan awak sendiri memboroskan harta arwah bapa awak untuk teman lelaki awak. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan,'' kataku. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Nyiur kapas di sudut rumah, Bunga ke mana dilonggokkan; Abanglah lepas dari rumah, Adiklah gila dimabukkan.
Lihat selanjutnya... |
|