PeribahasaBiang menanti tembuk.TakrifSuami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus. biang = hampir tembus.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerlindung oleh sanggul.TakrifSuami yang selalu menurut kata isterinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerteras ke hujung dahan.TakrifSuami yang tunduk di bawah perintah isterinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKain sehelai berganti-ganti.TakrifSuami isteri yang miskin.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMengadu air dengan garam.TakrifSuami yang lebih mengasihi isterinya yang muda daripada yang tua, tetapi syarat-syarat untuk menyatakan kasihnya itu tidak ada padanya. mengadu = mencampur.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebagai aur dengan tebing.TakrifSuami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. (Bandingkan dengan: Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur). (Peribahasa lain yang sama makna: Sepantun kasau dengan bubungan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSepantun kasau dengan bubungan.TakrifSuami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai aur dengan tebing).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTangguk rapat, keruntung bobos.TakrifSuami pandai mencari wang, isterinya pemboros.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTangguk lerak dengan bingkainya.TakrifSuami isteri yang kekal sampai tua. lerak = rosak bercerai-berai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai padi, hendakkan dedak; bagi laki (= suami), hendakkan gendak.TakrifOrang yang suka menolak sesuatu pemberian yang baik, dan gemar berbuat pekerjaan buruk.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Penggal betik penggallah puan, Penggal keduduk dalam kerami; Tinggal encik tinggallah puan, Tinggal duduk dengan suami.
Lihat selanjutnya... |
|