PeribahasaHendak sombong berbini banyak, hendak megah berlawan lebih.TakrifKerana hendak memperlihatkan ketinggian diri, maka hidup dalam kesukaran.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLonjak sebagai labu dibenam.TakrifSombong, angkuh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaOrang sukar baru kaya.TakrifSombong.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai buntal kembung.TakrifBodoh dan sombong.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaItik bertaji.TakrifSangat penakut, tetapi sombong.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaButa baru celik (= melihat).TakrifAngkuh dan sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bungkuk [bongkok] baru betul).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBungkuk (bongkok) baru betul.TakrifAngkuh dan sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat. (Peribahasa lain yang sama makna: Buta baru celik [= melihat]).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebagai bujang baru (= jolong) berkeris.TakrifSangat sombong.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai jelongak kerbau rampung.TakrifOrang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hidung sudah rampung diatur orang). jelongak = selalu menengadah; rampung = rosak cuping hidungnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak (ber)pucuk di atas enau.TakrifSangat sombong, memandang rendah kepada orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| sombong (adjektif) | Bersinonim dengan angkuh, bongkak, tinggi hati, congkak, pongah, riak, takbur, cakap besar, hidung tinggi, megah, aga, peteras, kocak, congah, bongak, uju, ujub, songor, songar, maghrur, hagas, leweh, panggak, umuk, agul-agul, anggak, gaduk, burakah, pondik;, | | Kata Terbitan : menyombong, menyombongkan, kesombongan, |
|
Puisi |
---|
|
Dagangan datang dari Melaka, Timbang mari dacing tembaga; Cakap sombong saya tak suka, Lantai nibung makan kepala.
Lihat selanjutnya... |
|