PeribahasaBagaimana hari takkan hujan, katak betung dalam telaga berteriak selalu.TakrifSelalu pergi bertamu ke rumah orang dengan tiada tentu saat ketikanya, tentulah perbuatan itu mendatangkan syak wasangka pada orang banyak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti lipas kudung.TakrifSelalu bergerak dengan cepat; selalu sibuk bekerja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBatu yang selalu bergolek itu tak dilekati lumut.TakrifOrang yang suka berpindah-pindah pekerjaan itu tidak mungkin mencapai kemajuan dalam hidupnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBatu yang selalu bergolek di dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut.TakrifOrang yang mahir dalam undang-undang, biasanya jarang terkena tipu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSekali tersengat, selalu beringat.TakrifOrang yang telah pernah menderita kesusahan (kecelakaan), maka berhati-hatilah ia dalam semua gerak-gerinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali dipatuk ular, tali pun ditakutkannya juga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTakkan pasang selalu, di mana surut senantiasa.TakrifHidup di dunia adakalanya senang dan adakalanya susah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBajak selalu di tanah yang lembut.TakrifOrang yang lemah selalu menderita.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaManikam selalu juga didapati di dalam lipatan kain buruk yang robek.TakrifPengetahuan (kepandaian) selalu juga terdapat dalam kalangan orang miskin dan hina.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerbaur bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam.TakrifSanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Jauh bau bunga, dekat bau tahi [= kencing]).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJauh bau bunga, dekat bau tahi (= kencing).TakrifSanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Berbaur bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |