PeribahasaDilelar timba ke perigi; tak sekali, sekali pecah juga.TakrifSesuatu perbuatan yang tak baik itu jika diulang maka lambat-laun jahat juga padahnya. lelar = berulang-ulang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLurus-lurus ekor anjing, walau bagaimanapun ada juga bengkoknya.TakrifOrang yang sudah biasa berbuat jahat itu sekali-sekali akan berbalik juga hatinya hendak berbuat jahat. (Lihat juga: a. Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga, b. Betul, betul ekor anjing; walau bagaimanapun ada juga bengkoknya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan diperlelarkan timba ke perigi, kalau tak putus genting.TakrifPerbuatan yang jahat jangan dibiasakan. (Bandingkan dengan: Dilelar timba ke perigi; tak sekali, sekali pecah juga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIbarat pasir: sekali air dalam sekali berubah.TakrifRakyat jelata terpaksa menurut perubahan pada tiap-tiap kali pemerintahan bertukar. (Bandingkan dengan: Sekali air besar, sekali tepian beranjak [= beralih]).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSekali air besar, sekali tepian beranjak (= beralih).TakrifApabila pembesar atau pemerintahan berganti, maka peraturan-peraturannya pun akan berubah juga. (Bandingkan dengan: Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHujan tak sekali jatuh, simpai tak sekali erat.TakrifKeuntungan dan bahagia tidak datang sekali gus. simpai = gelang-gelang daripada rotan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak.TakrifDua pihak yang berselisih akan berbaik kembali bila pengacum telah tersingkir. (Peribahasa lain yang sama makna: Biduk lalu kiambang bertaut).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAkal tak sekali datang, runding (= fikiran) tak sekali tiba.TakrifSegala sesuatu tidak selesai sekali gus melainkan beransur-ansur.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSekali jalan terkena, dua kali jalan tahu, tiga kali jalan jera.TakrifSekali terkena tipu, kedua kali sudah tahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali bekas kena, dua kali bekas tahu, tiga kali baru jera).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang.TakrifOrang berkelahi atau bertengkar yang akhirnya berbaik kembali. (Bandingkan dengan: Biduk lalu kiambang bertaut). (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
422 | News lords, new laws | Apabila perintah baharu atau orang lain berkuasa, maka peraturan baharu pula diperkenalkan. | Sekali air bah, sekali pasir berubah | ''Last year, we didn't even have to pay a single cent for our quit rent. But now, wea are told to pay up,'' I said ''Well, that was last year. Now we have a new government. News lords, new laws,'' replied my boss. | ''Tahun lepas kita tak perlu bayar satu sen pun cukai tanah. Tapi sekarang kita kena bayar pula,'' kataku. ''Itu tahun lalu, sekarang kerajaan baharu. Sekali air bah, sekali pasir berubah,'' jawab ketuaku. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
423 | News lords, new laws | Apabila perintah baharu atau orang lain berkuasa, maka peraturan baharu pula diperkenalkan. | Sekali air besar (gedang), sekali tepian beranjak (beralih) | ''Last year, we didn't even have to pay a single cent for our quit rent. But now, wea are told to pay up,'' I said ''Well, that was last year. Now we have a new government. News lords, new laws,'' replied my boss. | ''Tahun lepas kita tak perlu bayar satu sen pun cukai tanah. Tapi sekarang kita kena bayar pula,'' kataku. ''Itu tahun lalu, sekarang kerajaan baharu. Sekali air besar (gedang), sekali tepian beranjak (beralih),'' jawab ketuaku. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
421 | New lairds make new laws | Apabila perintah baharu atau orang lain berkuasa, maka peraturan baharu pula diperkenalkan. | Sekali air bah, sekali pasir berubah | ''Last year, we didn't even have to pay a single cent for our quit rent. But now, wea are told to pay up,'' I said ''Well, that was last year. Now we have a new government. new lairds make new laws ,'' replied my boss. | ''Tahun lepas kita tak perlu bayar satu sen pun cukai tanah. Tapi sekarang kita kena bayar pula,'' kataku. ''Itu tahun lalu, sekarang kerajaan baharu. Sekali air bah, sekali pasir berubah,'' jawab ketuaku. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
424 | News lords, new laws | Apabila perintah baharu atau orang lain berkuasa, maka peraturan baharu pula diperkenalkan. | Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah | ''Last year, we didn't even have to pay a single cent for our quit rent. But now, wea are told to pay up,'' I said ''Well, that was last year. Now we have a new government. News lords, new laws,'' replied my boss. | ''Tahun lepas kita tak perlu bayar satu sen pun cukai tanah. Tapi sekarang kita kena bayar pula,'' kataku. ''Itu tahun lalu, sekarang kerajaan baharu. Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah,'' jawab ketuaku. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
204 | The wheel of fortune is forever in motion | Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk. | Untung sebagai roda pedati, sekali ke bawah, sekali ke atas | During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film. | Ketika zaman kegemilangannya dalam industri perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan. Malangnya, untung sebagai roda pedati, sekali ke bawah, sekali ke atas, dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
288 | Kill two birds with one stone | Mencapai dua maksud sekali gus dengan melakukan satu kerja atau tindakan. | Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau | We are really kill two birds with one stone at the stadium. We were not only able to watch our favourite game but also earning some profit by selling souvenirs there. | Kami betul-betul seperti sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau di stadium itu. Kami bukan sahaja menonton sukan kegemaran kami tetapi juga meraih untung dengan menjual cenderamata di sana. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
287 | Kill two birds with one stone | Mencapai dua maksud sekali gus dengan melakukan satu kerja atau tindakan. | Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar | We are really kill two birds with one stone at the stadium. We were not only able to watch our favourite game but also earning some profit by selling souvenirs there. | Kami betul-betul seperti sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar di stadium itu. Kami bukan sahaja menonton sukan kegemaran kami tetapi juga meraih untung dengan menjual cenderamata di sana. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
437 | Once burned, twice shy | Orang yang pernah ditimpa pengalaman buruk sudah tentu akan sentiasa berwaspada supaya hal yang sama tidak akan berulang | Sekali tersengat, selalu beringat | I once lost a lot of money to get rich scheme, and I am afraid to invest in your scheme even though it promises a 300% return within 15 months. Once burned, twice shy . | Saya pernah rugi besar dalam skim cepat kaya, dan saya takut hendak melabur dalam skim awak walaupun dijanjikan pulangan 300% dalam tempoh 15 bulan. Sekali tersengat, selalu beringat. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
434 | Once bitten, twice shy | Orang yang pernah ditimpa pengalaman buruk sudah tentu akan sentiasa berwaspada supaya hal yang sama tidak akan berulang | Sekali dipatuk ular, tali pun ditakutkannya juga | I once lost a lot of money to get rich scheme, and I am afraid to invest in your scheme even though it promises a 300% return within 15 months. Once bitten, twice shy. | Saya pernah rugi besar dalam skim cepat kaya, dan saya takut hendak melabur dalam skim awak walaupun dijanjikan pulangan 300% dalam tempoh 15 bulan. Sekali dipatuk ular, tali pun ditakutkannya juga. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
433 | Once bitten, twice shy | Orang yang pernah ditimpa pengalaman buruk sudah tentu akan sentiasa berwaspada supaya hal yang sama tidak akan berulang | Sekali tersengat, selalu beringat | I once lost a lot of money to get rich scheme, and I am afraid to invest in your scheme even though it promises a 300% return within 15 months. Once bitten, twice shy. | Saya pernah rugi besar dalam skim cepat kaya, dan saya takut hendak melabur dalam skim awak walaupun dijanjikan pulangan 300% dalam tempoh 15 bulan. Sekali tersengat, selalu beringat. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekali |
|
Puisi |
---|
|
Tebang puan pangkal Jeddah, Sekali tebang sekali tumbuh; Kalau tuan cakap tak sudah, Sekali hendak sekali tak ambuh.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 423 News lords, new laws Apabila perintah baharu atau orang lain berkuasa, maka peraturan baharu pula diperkenalkan. Sekali air besar (gedang), sekali tepian beranjak (beralih) ''Last year, we didn't even have to pay a single cent for our quit rent. But now, wea are told to pay up,'' I said ''Well, that was last year. Now we have a new government. News lords, new laws,'' replied my boss. ''Tahun lepas kita tak perlu bayar satu sen pun cukai tanah. Tapi sekarang kita kena bayar pula,'' kataku. ''Itu tahun lalu, sekarang kerajaan baharu. Sekali air besar (gedang), sekali tepian beranjak (beralih),'' jawab ketuaku. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|