PeribahasaSedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit.TakrifSabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sehari selembar benang, lama-lama jadi sehelai kain).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSehari selembar benang, lama-lama jadi sehelai kain.TakrifSabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHabis cupak dari pelelehan.TakrifAdat yang dilanggar sedikit demi sedikit itu akhirnya akan dilanggar semua sekali. pelelehan (leleh) = tiris, bocor.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSedikit kerja, banyak berantun.TakrifOrang pemalas lebih suka bersolek daripada bersusah payah. berantun = bersolek, berhias.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHati gajah sama dilapah, hati kuman (= tuma) sama dicecah.TakrifPembahagian yang sama rata; banyak sama-sama banyak, sedikit sama-sama sedikit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBanyak habis, sedikit sedang.TakrifTentang membelanjakan wang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBanyak air sedikit minyak, minyak juga di atas.TakrifKedudukan yang tidak sama antara orang biasa dengan orang yang berpangkat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaksana kedidi: sedikit hujan banyak bermain.TakrifSuka membesar-besarkan perkara yang kecil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti katak, sedikit hujan banyak bermain.TakrifOrang yang malas, uzur sedikit dikatakan banyak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSedikit hujan banyak yang basah.TakrifKecelakaan kecil membawa akibat yang besar; pengetahuan sedikit tetapi cakap besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |