PeribahasaSampan ada pengayuh tidak.TakrifHendak melakukan sesuatu, tetapi tidak lengkap alat syaratnya. (Bandingkan dengan: Hendak hinggap tiada berkaki).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerkayuh sampan bocor.TakrifKehidupan yang sangat melarat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaksana sampan pukat.TakrifOrang yang tidak pernah keluar jauh dari tempat kediamannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda sampan hendak berenang.TakrifSengaja bersusah payah. (Bandingkan dengan: Ada biduk, serempu pula).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAir besar sampan tak hanyut.TakrifMaksud tidak tercapai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda biduk, serempu pula.TakrifTidak puas dengan apa yang sudah dimiliki. (Bandingkan dengan: a. Ada sampan hendak berenang, b. Ada sirih hendak makan sepah, c. Ada tangga hendak memanjat tiang). serempu = sejenis sampan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang.TakrifTak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu, b. Kurang sisik, tinggal lidi di buku; kurang selidik, tinggal kaji di guru).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDari ajung (= jung) turun ke sampan.TakrifDiturunkan pangkat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIngin hati memandang (= melihat) pulau, sampan ada pengayuh tidak.TakrifIngin hendak berbuat sesuatu pekerjaan, tetapi alatnya tidak cukup.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda tangga hendak memanjat tiang.TakrifBerbuat sesuatu dengan tidak menurut aturan. (Bandingkan dengan: a. Ada biduk, serempu pula, b. Ada sampan hendak berenang, c. Ada sirih hendak makan sepah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
66 | Make bricks without straw | Mustahil untuk menghasilkan sesuatu dengan sempurna jika tiada bahan atau sumber yang sepatutnya. | Sampan ada pengayuh tidak | We wanted to shoot the scene in a big mansion that depicted the colonial era, but we were not being given the right props such as old furniture to recreate the air of the past. How could we ever produce a good film? This is a case of make bricks without | Kita hendak merakamkan satu babak di dalam sebuah rumah agam yang menggambarkan zaman penjajah tetapi kami tidak dibekalkan alatan yang sesuai seperti perabot lama untuk menghidupkan kembali suasana zaman silam itu. Bagaimanakah dapat kami hasilkan filem yang baik? Inilah yang dikatakan sampan ada pengayuh tidak. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
174 | He that would eat the fruit must climb the tree | Jika mahukan sesuatu, haruslah berusaha dengan kuat. | Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang | Finally, his dream to become the first Malaysian astronaut has been realized. Indeed he has been many sacrifices and it took so many years off studying and training. He that would eat the fruit must climb the tree. | Akhirnya, impiannya untuk menjadi angkasawan pertama Malaysia tercapai. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban dan bertahun-tahun lamanya dia belajar dan menjalani latihan. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Sampan kotak mudik ke Pangkor, Singgah pula Pulau Sembilan; Macam diletak macam diatur, Macam cincin permata silan.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 174 He that would eat the fruit must climb the tree Jika mahukan sesuatu, haruslah berusaha dengan kuat. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang Finally, his dream to become the first Malaysian astronaut has been realized. Indeed he has been many sacrifices and it took so many years off studying and training. He that would eat the fruit must climb the tree. Akhirnya, impiannya untuk menjadi angkasawan pertama Malaysia tercapai. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban dan bertahun-tahun lamanya dia belajar dan menjalani latihan. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|