PeribahasaOrang bergayung sama pandai, sama bak kundi atas dulang.TakrifSama-sama ahli; sama-sama pendekar. kundi = biji saga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHati gajah sama dilapah, hati kuman (= tuma) sama dicecah.TakrifPembahagian yang sama rata; banyak sama-sama banyak, sedikit sama-sama sedikit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBertemu mura dengan tedung.TakrifSama-sama pandai dan sama-sama kuat. mura = ular yang sangat bisa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHendaklah seperti tembikar, pecah satu pecah semuanya.TakrifHendaklah hidup dalam muafakat; senang sama-sama senang, susah sama-sama susah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSakit sama mengaduh, luka sama menyiuk.TakrifSama-sama ikut bertanggungjawab.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerat sepikul, ringan sejinjing.TakrifBaik buruk sama-sama dipikul; bekerja gotong-royong. (Peribahasa lain yang sama makna: Ringan sama menjinjing, berat sama memikul).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRingan sama menjinjing, berat sama memikul.TakrifBaik buruk sama-sama dipikul; bekerja gotong-royong. (Peribahasa lain yang sama makna: Berat sepikul, ringan sejinjing).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerat sama dipikul, ringan sama dijinjing.TakrifSuka duka sama-sama ditanggung.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaba sama dibagi, rugi sama diterjuni.TakrifPersahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek, b. Kuah sama dihirup, sambal sama dicolek).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPengayuh sama di tangan, perahu sama di air.TakrifTak usah takut-takut, kerana sama-sama mempunyai kekuatan dan alat syaratnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |