PeribahasaBerketak dulu sebelum bertelur.TakrifBersuka-ria dan bermegah-megah kerana mengharapkan keuntungan daripada sesuatu pekerjaan yang belum dilakukan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTersaukkan ikan, suka; tersaukkan batang, masam.TakrifKetika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Terkena pada ikan bersorak, terkena pada batang, masam).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerkena pada ikan bersorak, terkena pada batang, masam.TakrifKetika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersaukkan ikan, suka; tersaukkan batang, masam).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKerana lotong terlalu makan, tupai dijulai timpa perasaan.TakrifOrang besar-besar yang bersuka-ria, orang kecil-kecil yang gembira berlebih-lebihan. lotong (lutung) = kera hitam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMana kerbau yang bencikan kubangnya?TakrifOrang yang biasa berbuat jahat tak dapat melupakan tempat ia bersuka ria.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Kacang Cina dalam kota, Rampai-rampai di Tanjung Puri; Hidup di dunia bersuka ria, Seronok-seronok sementara nak mati.
Lihat selanjutnya... |
|