PeribahasaRambut sudah dua macam, lagi juga berbanyak ragam.TakrifOrang tua atau setengah umur berkelakuan seperti orang muda-muda.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRambut sudah dua macam (= warnanya).TakrifOrang yang sudah setengah umur.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRambut sama hitam, hati masing-masing berlainan.TakrifTiap-tiap orang itu berlainan pendapatnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRambut bapanya sudah pindah ke kepalanya (sendiri).TakrifOrang muda yang sudah pandai seperti orang tua-tua; orang muda yang tahu segala buruk dan baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak.TakrifPekerjaan yang sulit yang harus dikerjakan dengan hati-hati sekali.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai rambut dibelah tujuh (= seribu)TakrifSedikit (= kecil) sekali.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenarik rambut di dalam tepung.TakrifBersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBergantung (di) rambut sehelai.TakrifDalam keadaan yang sangat berbahaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDicukur-cukur rambut, tumbuh juga semula.TakrifTabiat jahat lambat-laun akan berbalik semula.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTali jangan putus, kaitan jangan serkah.TakrifMenyelesaikan sesuatu perkara (sengketa) hendaklah dengan seadil-adilnya, sehingga kedua-dua belah pihak berpuas hati. (Bandingkan dengan: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Rambut hitam berkilat-kilat, Jatuh ke bantal berlipat-lipat; Tuan laksana air yang lebat, Minum sedikit menjadi ubat.
Lihat selanjutnya... |
|