PeribahasaPelita kehabisan minyak.TakrifBerwajah muram kerana kedukacitaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai pelita kehabisan minyak.TakrifTidak berseri-seri lagi. (Bandingkan dengan: Lampu kekurangan minyak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMemasang pelita tengah hari.TakrifMemberi keterangan tentang sesuatu perkara yang sudah jelas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPasang pelita dilanggar tikus.TakrifKegembiraan hilang oleh kerana satu kejadian yang kecil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti pelita: membakar diri menerangkan orang.TakrifMengorbankan diri untuk kesenangan orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMasuk geronggang bawa pelita.TakrifKalau akan membuat sesuatu pekerjaan yang tidak diketahui, hendaklah ditanya atau diminta pimpinan daripada orang yang ahli. geronggang = rongga di dalam batu atau kayu, gua gelap.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPikir (fikir) itu pelita hati.TakrifFikiran suluh kebenaran.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLampu kekurangan minyak.TakrifDalam keadaan payah. (Bandingkan dengan: Bagai pelita kehabisan minyak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |