PeribahasaPekak pembakar meriam.TakrifSesuatu yang mendapat tempat yang sesuai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNan pekak pelepas bedil, nan buta pengembus lesung, nan bisu penggera ayam, nan lumpur penghuni rumah.TakrifTiap-tiap orang itu ada dengan gunanya; simbol persatupaduan yang kukuh. penggera = orang yang menyergah, menggertak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPipit pekak makan berhujan.TakrifSangat rajin.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai si pekak tertanya-tanya.TakrifSangat ingin mendengar khabar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti harimau kena kucing pekak.TakrifMarah bercampur takut kerana bahaya yang menimpanya. kucing pekak = perangkap besi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMeragakan suara kepada si pekak.TakrifTidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya, b. Apa gunanya merak mengigal di hutan, c. Meragakan pakaian cantik kepada si buta).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak ada guruh pada orang pekak, tak ada kilat pada orang buta.TakrifKias dan sindiran tidak ada ertinya bagi orang yang bodoh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaApa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya.TakrifTidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Meragakan pakaian cantik kepada si buta, b. Meragakan suara kepada si pekak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
|