PeribahasaLubuk (men)jadi pantai, pantai (men)jadi lubuk.TakrifNasib manusia tiada tetap, ada masanya orang kaya menjadi miskin dan orang miskin menjadi kaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLembah diraih, pantai dititi.TakrifSikap yang bijaksana, dalam mengeluarkan sesuatu perintah. raih = tarik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaksana kedidi: di mana pantai tercunggit-cunggit (= terjengit-jengit).TakrifOrang yang tidak tahu membawa diri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti pasir di tepi pantai, (tatkala) air timpas bolehlah dibahagikan.TakrifTidak boleh membenarkan perbuatan (perkataan) orang-orang yang berkuasa ketika ia sedang marah, tunggulah dulu sampai reda kemarahannya. timpas = air surut yang serendah-rendahnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSilih berganti bagai ombak di tepi pantai.TakrifKehidupan yang tiada tetap.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKura-kura di kaki ditinggalkan, penyu di pantai dikejar.TakrifKerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan, c. Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan, d. Harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan, e. Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai (= laut).TakrifKalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau.TakrifKalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai [= laut]). kepala pulau = tepi sungai yang menghadap mudik, tempat batang-batang tersangkut apabila air bah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHarapkan guruh (= guntur) di langit, air tempayan ditumpahkan.TakrifKerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar, c. Kura-kura di kaki ditinggalkan, penyu di pantai dikejar, d. Pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang jauh yang dikejar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang jauh yang dikejar.TakrifKerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan, c. Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan, d. Harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan, e. Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar, f. Kura-kura di kaki ditinggalkan, penyu di pantai dikejar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
41 | A bird in the hand is worth two in the bush | Sesuatu yang sudah dimiliki adalah lebih baik. Oleh itu, jangan dikejar sesuatu yang meskipun lebih baik tetapi belum pasti kita mendapatnya kerana takut-takut yang ada terlepas pula. | Kura-kura di kaki ditinggalkan, penyu di pantai di kejar | We decided simply to accept the offer even though it was not what we expected. People said that we might get better offers if we waited a little longer, but a bird in the hand is worth two in the bush. Since the economy was in a bad shape, it was unwise | Kami memutuskan untuk menerima sahaja tawaran itu meskipun tidaklah seperti yang kami harapkan. Kata orang, kemungkinan ada tawaran yang lebih baik jika kami menunggu sedikit masa lagi, tetapi kami tidak mahu kura-kura di kaki ditinggalkan, penyu di pan | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Pantai Lukut luas terbentang, Teluknya penuh berbatu karang; Ibarat melukut di tepi gantang, Masuk tak penuh keluar tak kurang.
Lihat selanjutnya... |
|