PeribahasaMatahari itu, gunung dan lembah sama diteranginya.TakrifPemerintah yang adil menjalankan hukuman yang sama rata.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMatahari tengah gerhana.TakrifBerwajah muram kerana dukacita.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBolehkah matahari hendak dilindungi dengan nyiru?TakrifKebenaran itu tak dapat disembunyikan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBulan naik matahari naik.TakrifMendapat untung dan bahagia di kiri kanan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis.TakrifHendaklah selalu ingat dan hati-hati, jangan terpedaya dengan sesuatu yang elok; jangan dicari kemarahan orang yang berkuasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenengadah (= menentang) matahari.TakrifMelawan orang berkuasa (pandai dan sebagainya), akhirnya akan kecewa dan menyesal.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti bulan dengan matahari.TakrifSudah sepadan benar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBukannya bersuluh batang pisang, bersuluh bulan matahari.TakrifKebenaran yang sudah terang dan nyata, tidak saja disaksikan oleh orang-orang biasa, tetapi juga oleh orang-orang yang berkuasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti bulan dimakan rahu.TakrifMemeluk kekasih dengan asyik sekali. rahu = ular naga yang dipercayai menyebabkan gerhana bulan (matahari).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Matahari mancar di hulu, Mahabagi kambang balunka; Amun ading mati tadahulu, Hadangi aku di pintu syurga.
Lihat selanjutnya... |
|